VOKALIS Kumpulan Ungu, Pasha mengakui kurang kenal dengan penyanyi baharu yang ada di Malaysia untuk beliau melamar diatas pentas Mayapada Ungu Live in Kuala Lumpur akan datang.
Oleh itu, pelantun lagu Terlanjur Cinta ini meminta peminatnya untuk memberikan cadangan kepada mereka siapa yang mereka mahu lihat berduet dengan kumpulan Ungu.
“Mohon maaf, saya tak update yang baharu, saya belum kenal tapi kalau ada cadangan boleh berikan kepada kami untuk pertimbangkan. Kalau boleh penyanyi wanita sebab kami ada lagu Terlanjur Cinta, Tercipta Untukku, okay,” kata Pasha kepada media selepas selesai sidang media Mayapada Ungu Live in Kuala Lumpur pada Khamis.
Pada masa sama, Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Said, 44, berkata jika ada peluang dia juga mahu berkongsi pentas dengan kumpulan popular lewat 90-an, Exist.
“Kalau pilihan saya, Exist, sebab suka dengan lagunya,
“Kalau pada zaman saya, lagu Exist sangat popular di Indonesia, mereka itu adalah idola saya.. Dan kalau cakap pasal Amy (Search) itu tak perlu cakaplah sebab memang legend.
"Tapi kalau nak cakap lagu Malaysia yang ingin kumpulan saya bawakan, saya kurang pasti, sebab ada lagu yang mungkin saya pernah dengar tapi saya tak mengenali penyanyi tersebut,” tambahnya.
Konsert kali ini, kumpulan Ungu yang dianggotai Pasha (vokalis), Enda (gitar), Oncy (gitar), Makki (Bass), Rowman (dram) akan mengamatkan persembahan dengan 1001 nostalgia melalui nyanyian 30 buah lagu hitsnya.
Mayapada Ungu Live in Kuala Lumpur akan berlangsung pada 25 Febuari 2024 di Megastar Arena Kuala Lumpur.
Tiket sudah mula dijual pada 1 Disember 2023, pada harga bermula RM138 di www.ticket2u.com.my.
Para pembeli tiket melalui Maybank bakal menerima diskaun sebanyak 10 peratus untuk pengguna kad debit manakala 12 peratus untuk pengguna kad kredit.
Asyraf Roslan
Fri Dec 01 2023
Kumpulan Ungu yang dianggotai Pasha (vokalis), Enda (gitar), Oncy (gitar), Makki (Bass), Rowman (dram) akan mengamatkan persembahan dengan 1001 nostalgia melalui nyanyian 30 buah lagu hit di konsert Mayapada Ungu Live in Kuala Lumpur akan datang.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Konsert Ungu di Kuantan dianjak ke 4 Mei, Ella tampil sebagai artis undangan utama
Pesta Muzik Kuantan yang kini bertukar nama menjadi Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air 2024, akan dilangsungkan pada tarikh 4 Mei 2024.
Konsert Ungu diubah tarikh ke 26-27 Disember
Konsert itu dijadualkan semula pada 26 dan 27 Disember 2022 (19 November kepada 26 Disember, dan 18 November kepada 27 Disember).
Misteri buah oren berwarna ungu terungkai!
Misteri buah oren bertukar menjadi ungu yang tercetus awal bulan lepas dapat diselesaikan oleh pihak berkuasa.
Persembahan 'meletop' artis Malaysia - Indonesia di Enjoy Jakarta
Pelbagai persembahan telah diadakan di malam konsert Enjoy Jakarta yang berlangsung di Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana malam tadi.