ENTERTAINMENT
Pasti menarik di Astro pada hari raya kedua
Pastinya hari raya kedua, Astro menyajikan rancangan menarik untuk tontonan semua sambil berkumpul bersama sanak saudara.
Astro Ria
Telefilem komedi ‘Sehari Sebelum Raya’ lakonan Yasin dan Siti Chubby bakal disiarkan pada sebelah pagi. Ia mengisah anak Pak Salih, Mimi yang bekerja di Kuala Lumpur, yang teringin untuk menikmati rendang ayam hutan pada hari raya .
Program menarik ‘Syawal Sehangat Bintang’ memaparkan selebriti-selebriti MasterChef Malaysia berdepan cabaran memasak istimewa sempena Hari Raya Aidilfitiri ini. Mereka dikehendaki menyediakan juadah untuk jamuan anak-anak yatim. Dapur MasterChef bakal kembali hangat dengan pelbagai aksi serta telatah yang lucu dan mendebarkan. Rancangan yang di hoskan oleh Najip Ali ini akan menemui anda pada pukul 12 tengah hari.
Astro Prima
Di hari raya ketiga, episod istimewa Primadona membawakan topik ‘Family Reunion’. Diikuti dengan telemovie menarik ‘Kasih Bersulam Daun Palas’ lakonan Nasha Aziz dan Shah Iskandar pada pukul 2 petang.
Pada sebelah malam Konsert Pulanglah Raya Dato’ Shake akan menghiburkan anda dengan persembahan mantap dan bertenaga bersama barisan pemuzik dari Perancis dan Malaysia.
Astro Oasis
Astro Oasis akan menayangkan drama siri popular ‘Tanah Kubur’ pada 7:30 petang sehingga raya ke enam.
Astro Citra
Astro Citra akan menyangkan filem bertajuk Preman in love yang mengisahkan kisah cinta tiga segi lakonan Tora Sudiro, Fanny Fabriana, Vincent Ryan Rompies dan Marwato, di sebelah malam.
Saluran Bintang
Trio Opera Van Java, Andre Taulani, Parto, dan Sule tidak ketinggalan tampil dengan tema Raya untuk menghiburkan penonton. Tema-tema fizikal humor seperti biasa akan menghiburkan anda di samping hiasan set di studio yang dipenuhi dengan suasana raya akan pasti digunakan sebaik mungkin oleh mereka.
Konsert 3IG SMASH juga bakal ditayangkan pada malam raya kedua dengan menampilkan artis seperti
SMASH, Zaskia Gotik dan DJ Boim.