awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Patah hidung kerana saya? Tolonglah berhenti berbohong' - Awie

Gempak
Gempak
11/03/2016
14:50 MYT
'Patah hidung kerana saya? Tolonglah berhenti berbohong' - Awie
Tambah Awie lagi, Rozana juga sengaja mencetuskan isu yang terbaru ini untuk memusnahkan nama baik serta membunuh kariernya. - Gambar Astro Gempak
PENYANYI dan pelakon Awie tidak terkejut dengan tindakan terbaru isterinya, Rozana Misbun yang mahu mengemukakan saman kerana mendakwa 'patah hidung' akibat dipukul olehnya. Bagaimanapun Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman meminta isterinya itu supaya berhenti berbohong. "Dia tuduh saya patahkan hidungnya, cuba buat carian di Google wajah dia sebelum dan selepas berkahwin dengan saya sama ada hidungnya senget atau pun lurus. “Tak usahlah berbohong, saya juga berdoa supaya tanah akan terima dia seadanya. Saya tidak akan layan perkara-perkara begini. “Saya ingatkan selepas kes baru-baru ini selesai, tiada lagi perkara berbangkit. Saya ikhlas memohon maaf dan dia juga telah menerima permohonan maaf itu ketika di mahkamah. "Tetapi rupanya masih ada lagi perasaan tidak puas hati terhadap saya,” katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui pada sidang media program Ceria Popstar 2016 pada Khamis. Tambah Awie lagi, Rozana juga sengaja mencetuskan isu yang terbaru ini untuk memusnahkan nama baik serta membunuh kariernya. “Saya tidak pernah memburuk-burukkan dia kepada media atau laman sosial sebelum ini. Tetapi dia yang memulakan semuanya. “Saya hanya jawab apabila disoal media, itu pun saya tapis dahulu sebelum bercakap,” ujarnya. Terdahulu, Awie bebas tuduhan memukul Rozana mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan selepas dia bersetuju memohon maaf selain membayar kompaun sebanyak RM10,000 terhadap bekas isterinya itu. Permohonan maaf dilakukan dalam prosiding di Mahkamah Majistret Ampang pada Isnin lalu. Bagaimanapun Rozana berhasrat mengemukakan saman malu terhadap Awie kerana mengaibkannya dengan pelbagai fitnah melalui pihak media.
Topic Berkaitan
#Ahmad Azhar Othman
#Penyanyi dan pelakon Awie tidak terkejut dengan tindakan terbaru isterinya
#Rozana Misbun yang mendakwa patah hidung akibat dipukul olehnya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan