awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tempoh perkhidmatan Mufti Perak berakhir semalam
Program Memfail Borang Nyata 2026 kini boleh diakses - LHDN
Dapur Siswa, MADANI ResQ Pek bantu pelajar UUM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam Sophia Albarakbah serah bukti kepada polis kes gangguan seksual, buli siber

Sinar Harian
Sinar Harian
10/08/2025
11:45 MYT
Peguam Sophia Albarakbah serah bukti kepada polis kes gangguan seksual, buli siber
Polis mengesahkan telah merekod keterangan Sophia dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
KUALA LUMPUR: Peguam kepada pelakon sensasi, Sophia Albarakbah telah menyerahkan bahan bukti kepada polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan artis itu yang mengalami tekanan emosi akibat menjadi mangsa buli siber dan gangguan seksual.

Ringkasan AI
  • Peguam Sophia Albarakbah telah menyerahkan bahan bukti kepada polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan buli siber dan gangguan seksual yang dialami selepas memenangi anugerah Selebriti Feminin Terhangat.
  • Polis mengesahkan telah merekod keterangan Sophia dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
  • Peguamnya memaklumkan Sophia mengalami tekanan emosi serius yang boleh menjejaskan kesihatan mental, dan menafikan sebarang kutipan dana untuk bayaran guaman.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, siasatan sedang dijalankan pihaknya.
"Bukti telah diserahkan semalam (Sabtu) oleh pihak peguam dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Polis pada Sabtu mengesahkan telah merekod keterangan Sophia untuk membantu siasatan.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa Sophia telah membuat laporan polis di Balai Polis Travers pada Jumaat lalu berhubung dakwaan buli siber dan gangguan seksual yang diterimanya selepas memenangi kategori Selebriti Feminin Terhangat dalam sebuah majlis anugerah baru-baru ini.
Menurut peguamnya, Aizat Izuan Shakeel, Sophia mengalami tekanan emosi yang serius dan bimbang ia boleh menjejaskan kesihatan mentalnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Sophia Albarakbah
#gangguan seksual
#buli siber
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan