awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon 5 filem MCU, William Hurt meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
13/03/2022
23:20 MYT
Pelakon 5 filem MCU, William Hurt meninggal dunia
Pelakon yang juga pemenang Oscar, William Hurt meninggal dunia pada usia 71 tahun. -Instagram/@screenthrill
PELAKON yang juga pemenang Oscar, William Hurt meninggal dunia pada usia 71 tahun.
Berita sedih itu diumum anak lelaki pelakon itu, Will dalam satu kenyataan pada Ahad.
"Dengan penuh rasa dukacita, keluarga Hurt meratapi pemergian William Hurt, bapa tercinta dan pelakon pemenang Oscar, pada 13 Mac 2022, seminggu sebelum hari lahirnya yang ke-72.
"Mendiang meninggal dunia atas sebab semulajadi dalam keadaan tenang, bersama keluarga.
"Pihak keluarga mohon agar tidak diganggu pada ketika ini," tulis kenyataan itu.
Hurt pada 2018 pernah mendedahkan bahawa dia didiagnosis menghidap kanser prostat sejak 2012 yang sudah merebak ke tulang.
Hurt muncul sebagai antara pelakon filem terkemuka pada era 1980-an. Mendiang terkenal melalui filem "Broadcast News", "Body Heat" dan "The Big Chill".
Hurt pernah dicalonkan untuk Anugerah Akademi tiga kali berturut-turut dan menang untuk wataknya dalam filem "Kiss of the Spider Woman" pada tahun 1985.
Mendiang juga pernah mendapat pencalonan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk satira industri berita 1987 "Broadcast News", dan setahun sebelumnya untuk "Children of a Lesser God", drama romantik berlatarkan sekolah untuk orang pekak.
Mendiang Hurt turut dikenali kerana penyertaannya dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) sebagai Thaddeus Ross selama lebih sedekad dalam lima filem Marvel.
Rest in peace William Hurt, who joined the #MCU in its inaugural year and portrayed Thaddeus Ross for over a decade in 5 Marvel movies: https://t.co/rrRz5zcjeA pic.twitter.com/WYKIY5AUMs
— MCU - The Direct (@MCU_Direct) March 13, 2022
Oscar winning actor William Hurt, known by fans of the Marvel Cinematic Universe as General Thaddeus E. "Thunderbolt" Ross passed away on March 13th of natural causes. He was 71 years old. pic.twitter.com/BaPYlBjJ3g
— IGN (@IGN) March 13, 2022
Berita pemergiannya turut diratapi kalangan peminat dan rakan selebriti. Luahan rasa kesedihan memenuhi ruang di media sosial.
Very sorry to hear about the passing of William Hurt. He was a fine actor, an Academy Award winner. He also did a classic reading of my story "Low Men in Yellow Coats," from HEARTS IN ATLANTIS. I loved hitchhiking on his immense talent.
— Stephen King (@StephenKing) March 13, 2022
Very sorry to hear about the passing of William Hurt. He was a fine actor, an Academy Award winner. He also did a classic reading of my story "Low Men in Yellow Coats," from HEARTS IN ATLANTIS. I loved hitchhiking on his immense talent.
— Stephen King (@StephenKing) March 13, 2022
Once again I am asking you all to please watch The Big chill. Like every movie William hurt has done, he is fantastic in it. pic.twitter.com/eZ4kr6fnhZ
— Steve Buscemi (@mooviehannah) March 13, 2022
Sad to hear about William Hurt. Such a legend.
— Elijah Wood (@elijahwood) March 13, 2022
Topic Berkaitan
#William Hurt
#pemenang Oscar
#kanser prostat
#Broadcast News
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan