PELAKON Avaa Vanja memfailkan perceraian terhadap suaminya pada Khamis.
Avaa yang bakal membuat kemunculan semula dalam dunia perfileman turut menuntut hak penjagaan penuh anak tunggal beliau yang kini berusia sembilan tahun.
Perkara tersebut disahkan oleh pengurus krisis pelakon tersebut dari firma perhubungan awam Saiful Ridzuan Public Relations And Communications.
Peguam Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili Avaa berkata, anak guamnya telah menandatangani wakalah menuntut perceraian daripada suaminya.
"Anak guam telah menandatangani wakalah bagi menuntut perceraian dari suaminya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Anak guam menuntut antara lain, fasakh dan hak penjagaan penuh anak.
"Pelakon tersebut tidak menafikan bahawa beliau turut bersedia memfailkan lain-lain tuntutan seperti nafkah anak, nafkah iddah, mutaah, dan tunggakan nafkah anak dalam masa yang terdekat," tambah peguam itu lagi.
Nurul Hafidzah dibantu oleh peguam bersama Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors.
Avaa berpendapat, tindakan menuntut cerai adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis rumah tangga beliau.
Untuk rekod, Avaa telah berkahwin dengan lelaki kacukan India-Inggeris, A Amil Sulaiman dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Merlissa.
Artikel asal di Gempak boleh dibaca di sini.
Gempak
Sat Dec 04 2021
Avaa Vanja telah menandatangani wakalah menuntut perceraian daripada suaminya, A Amil Sulaiman di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. - Gambar GEMPAK
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Zelenskyy berkata Moscow tidak mempunyai keinginan untuk berdamai dan mereka hanya boleh dipaksa meninggalkan Ukraine.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Tentera Ukraine menembak jatuh pesawat pejuang pengebom SU-25 Rusia di wilayah Donetsk di timur Ukraine pada Sabtu kata presidennya, Volodymyr Zelenskiy.
Panama bersedia untuk pemilihan Presiden
Panama bersedia untuk pilihan raya Presiden di tengah-tengah krisis politik yang dihangatkan dengan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan memerintah.
Penunjuk perasaan pro Palestin ditahan polis Virginia
Polis menahan beberapa penunjuk perasaan di Universiti Virginia pada Sabtu semasa puluhan pelajar menduduki perkhemahan pro-Palestin di kampus selepas menyifatkan perhimpunan itu sebagai menyalahi undang-undang.
Hampir 100% sedia, TH tunggu kt pertama 9 Mei ini
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai persediaan Lembaga Tabung Haji (TH) menjelang ketibaan KT pertama jemaah haji Malaysia di Madinah pada 9 Mei ini.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Isteriku ternyata lelaki, terbongkar selepas 12 hari menikah
Adinda kini telah ditahan pihak polis selepas laporan dibuat oleh keluarga AK.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Khalifah Jelutong malam tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan polis Virginia
Pasukan polis anti rusuhan dilaporkan menyerbu kawasan perkhemahan sekitar jam 3 petang waktu tempatan.
Mari meriahkan hari terakhir Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara
Acara penutup yang dijadual bermula 10 pagi itu diadakan serentak dengan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Pulau Pinang.
Pelakon 'Hantu Kak Limah' Avaa Vanja sah bercerai talak satu
Buat masa ini hak penjagaan sementara satu-satunya cahaya mata mereka, Merlissa, 10, diberikan kepadanya.
Avaa Vanja mohon hak penjagaan penuh, failkan injuksi halang suami bawa anak ke A.S
Pendengaran kes hadhanah pelakon Avaa Vanja bermula pada hari ini (Isnin) di Mahkamah Tinggi Syariah setelah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Aamil Sulaiman pada 2 Disember 2021.
Pelakon Avaa Vanja tuntut cerai
Avaa Vanja telah menandatangani wakalah menuntut perceraian daripada suaminya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.