awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wartawan Don Lemon ditahan berhubung liputan protes ICE di Minnesota
PDRM ikat The City Boys 1-1
Lelaki Myanmar maut dengan kesan tikaman, 2 suspek ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon Catherine O’Hara, ibu Kevin dalam filem Home Alone meninggal dunia

Agensi
Agensi
30/01/2026
21:00 MYT
Pelakon Catherine O’Hara, ibu Kevin dalam filem Home Alone meninggal dunia
Pelakon legenda Hollywood, Catherine O’Hara yang memegang watak ibu Kevin dalam filem ikonik Home Alone menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Los Angeles selepas mengalami satu penyakit singkat, pada Jumaat.
LOS ANGELES: Dunia hiburan Hollywood sekali lagi berduka dengan pemergian pelakon legenda, Catherine O’Hara yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 71 tahun, pada Jumaat.
O’Hara, yang dikenali ramai sebagai ibu kepada watak Kevin McCallister dalam siri filem Home Alone, serta bintang sitkom popular, Schitt’s Creek, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Los Angeles selepas mengalami satu penyakit singkat.
Punca sebenar kematian belum didedahkan dan pihak pengurusannya memaklumkan bahawa tiada kenyataan tambahan akan dikeluarkan buat masa ini.
Pihak Creative Artists Agency turut berkongsi kenyataan rasmi yang mengesahkan pemergian beliau selepas mengalami penyakit singkat.
Dalam kenyataan itu, agensi tersebut menyebut: “Pelakon, penulis dan pelawak prolifik yang memenangi pelbagai anugerah, Catherine O’Hara, telah meninggal dunia hari ini di rumahnya di Los Angeles selepas mengalami satu penyakit singkat.”
Kenyataan sama turut menyatakan mendiang O’Hara meninggalkan suami tercinta, Bo Welch serta dua anak lelaki mereka, Matthew dan Luke.
O'Hara juga meninggalkan adik-beradik terdekat termasuk Michael O’Hara, Mary Margaret O’Hara, Maureen Jolley, Marcus O’Hara, Tom O’Hara dan Patricia Wallice.
Pihak keluarga memaklumkan, satu majlis penghormatan akan diadakan secara tertutup.
Mendiang O’Hara kekal aktif sehingga akhir hayatnya.
Tahun lalu, beliau membintangi siri satira Hollywood The Studio arahan Seth Rogen, membawa watak Patty Leigh - seorang ketua studio berpengaruh yang dipecat tetapi kemudian kembali sebagai penerbit filem berjaya.
Persembahan beliau dalam siri itu dianggap antara yang terbaik, termasuk satu episod yang berlatarbelakangkan malam Golden Globes yang menjadi tumpuan ramai.
Prestasi hebat itu turut membawa kepada pencalonan di Anugerah Golden Globe bulan ini serta pencalonan Pelakon Komedi Wanita Terbaik di Actor Awards (dahulunya SAG Awards).
Pencalonan tersebut kini membawa nilai sentimental yang lebih mendalam selepas pemergiannya.
Dilahirkan di Kanada, O’Hara memulakan kerjaya dalam dunia hiburan melalui program sketsa Second City Television, yang akhirnya menghadiahkannya sebuah Anugerah Emmy. B
eliau kemudian melakar nama melalui filem-filem klasik seperti Beetlejuice dan Home Alone.
Dalam dekad terakhir, wataknya sebagai Moira Rose dalam Schitt’s Creek melonjakkan kembali popularitinya dan menjadikannya salah satu figura komedi paling ikonik abad ini.
O’Hara juga muncul dalam musim kedua siri hit The Last of Us sebagai seorang ahli terapi, selain kembali memegang watak Delia Deetz dalam filem Beetlejuice Beetlejuice pada 2024.
Bagi peminat di seluruh dunia, watak Kate McCallister dalam Home Alone kekal sebagai antara persembahan paling diingati.
Mendiang O’Hara berjaya menghidupkan watak seorang ibu yang panik, kelam-kabut namun penuh kasih sayang dalam usaha menjejaki anaknya yang tertinggal di rumah ketika musim cuti.
Momen ikonik beliau bersama Macaulay Culkin di hadapan pokok Krismas Rockefeller Center dalam Home Alone 2 terus menjadi adegan klasik yang kerap dikongsikan peminat.
Pada Disember 2023, beliau tampil bersama Culkin sewaktu aktor itu menerima bintang di Hollywood Walk of Fame. Dalam ucapan bersahajanya, O’Hara mengucapkan terima kasih kerana “menjemput ibu palsu yang meninggalkan anaknya bersendirian bukan sekali tetapi dua kali,” mengundang tawa para hadirin.
Culkin, dalam hantaran emosinya di Instagram selepas berita pemergian itu, menyebut O’Hara sebagai “Mama” dan meluahkan rasa sedih kerana masih banyak perkara yang ingin dikongsinya bersama.
Salah satu penanda kejayaan terbesar O’Hara dalam era moden ialah kejayaan luar biasa Schitt’s Creek yang melonjak ketika pandemik.
Siri itu, yang memaparkan keluarga kaya yang jatuh miskin dan cuba menyesuaikan diri dalam sebuah bandar kecil, menjadi penawar kepada jutaan penonton di seluruh dunia.
Watak Moira Rose, dengan loghat dramatik, gaya fesyen eksentrik dan dialog satu baris yang memukau, kekal menjadi antara watak komedi paling berkesan dalam sejarah televisyen moden.
Pemergian Catherine O’Hara meninggalkan satu kekosongan besar dalam dunia seni.
Dengan puluhan tahun dedikasi, keaslian humor dan kemampuan menghidupkan watak yang tidak dapat ditiru, legasinya akan terus hidup dalam ingatan peminat di seluruh dunia. - Agensi
Topic Berkaitan
#Catherine O Hara
#meninggal dunia
#ibu Kevin
#Home Alone
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan