Pelakon dan pelawak, Acappan, meninggal dunia

Hilal Azmi
September 14, 2018 00:16 MYT
Acappan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinam, 63, antara artis berbangsa India yang popular dalam dunia hiburan Melayu sejak tahun 1980an. - Gambar fail
Pelakon dan pelawak terkenal, Acappan meninggal dunia pada Jumaat akibat kegagalan buah pinggang.
Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah, mengesahkan berita berkenaan.
"Kami terima laporan mengenai kematian beliau sekitar jam lima pagi Jumaat.
"Anaknya, Yhuveneshwary memberitahu, Acappan menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya kira-kira pukul 2.43 pagi di Taman Puchong Utama," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Acappan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinam, 63, antara artis berbangsa India yang popular dalam dunia hiburan Melayu sejak tahun 1980an dan dicungkil bakat menerusi rancangan terbitan RTM.
Accapan meninggalkan seorang isteri iaitu Yogeswari Subramaniam 53, dan 3 orang anak iaitu Vikneshwaran Samynathan, 31, Dhineshwaran Samynathan, 28, dan Yhuveneshwary Samynathan, 24.
Upacara penghormatan terakhir akan diadakan di rumah beliau kira-kira pukul 3 petang Jumaat.
#Acappan #Pimai Pimai Tang Tu #Seniman