awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja cederakan bekas OCPD Dang Wangi diperintah jalani hukuman khidmat masyarakat
Campur tangan insurans dalam rawatan pesakit bercanggah undang-undang - Dzulkefly
Wanita mengamuk, cederakan pekerja restoran guna garpu didenda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon dan pelawak Yus Jambu meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
30/11/2015
00:19 MYT
Pelakon dan pelawak Yus Jambu meninggal dunia
Ia difahamkan Yus Jambu meninggal dunia kira-kira jam 12.45 pagi tadi. - Instagram
Pelakon dan pelawak, Yussry Edoo atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu, 39, meninggal dunia pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.
Difahamkan, Yus menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam kenderaan kira-kira jam 12.45 tengah malam.
Perkara itu disahkan sendiri oleh rakan karibnya, yang juga salah seorang ahli kumpulan Jambu, Zamatul Amri Zakaria atau lebih dikenali sebagai Tauke, di laman Instagram miliknya.
MESTI BACA: Belasungkawa: 10 perkara tentang Yus Jambu
"Salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @pakyuih @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di hospital selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah," dipetik menerusi kapsyen foto yang dimuat naik Tauke.
Sebelum itu, Yus sempat menjayakan program 'Raja Band' di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Allahyarham yang lebih dikenali dengan gelaran 'Pak Yus' mula bergiat dalam bidang seni melalui teater.
Anak seni kelahiran Kangar, Perlis ini memulakan kerjaya seni dengan menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 sebelum mula menempah nama dalam bidang komedi tanah air apabila diumumkan juara program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.

BACA: MLM 2014: Tauke, Yus, Zizan bergabung jadi 'Virus' VIDEO: 'Virus' nama baru kumpulan 'Jambu' VIDEO: Yus Jambu belum sedia dedah identiti kekasih VIDEO: Yus Jambu bakal kahwin hujung tahun ini FOTO: Takhta Maharaja Lawak Mega 2013 milik Sepahtu
Topic Berkaitan
#Raja Lawak Astro
#Yus Jambu meninggal dunia
#Yussry Edoo
#Zamatul Amri Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan