[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
ENTERTAINMENT

Pelakon Fahrin Ahmad sunting Elena Hani Eleas sebagai isteri

Astro Awani 09/05/2015 | 04:13 MYT
Fahrin Ahmad, 36 selamat melangsungkan pernikahan dengan Elena Hani Eleas dalam satu majlis yang berlangsung pagi tadi.
Pelakon filem Pilot Cafe, Fahrin Ahmad, 36 selamat melangsungkan pernikahan dengan Elena Hani Eleas dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby pagi tadi.

Dengan sekali lafaz, pelakon itu selamat bergelar suami kepada Elena yang juga merupakan pramugari syarikat penerbangan Emirates.

Fahrin telah mengumumkan tarikh pernikahannya melalui satu sidang media mengejut yang diadakan pada Selasa dan merahsiakan identiti wanita yang bakal menjadi isterinya itu.

Menamatkan segala gosip yang timbul, Fahrin sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan beberapa pelakon dan pengacara terkenal.

Fahrin merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Teknologi MARA dan kini telah lebih 13 tahun berkecimpung dalam dunia seni tempatan sebagai pelakon, pengacara dan penceramah.

Elena merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA dan memulakan kerjayanya sebagai seorang peguam bertauliah di firma guaman Tetuan Cheng & Ariff di Kuala Lumpur selama lima tahun sebelum memilih tugas sebagai pramugari di Emirates.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#Elena Hani Eleas #Fahrin Ahmad #kahwin #nikah