awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon Farah Nabilah perkenal putera kedua, Yusuf Gibran

Gempak
Gempak
02/08/2023
09:09 MYT
Pelakon Farah Nabilah perkenal putera kedua, Yusuf Gibran
Farah dan pasangannya, Mohammed Amirul Yunus yang merupakan seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2019. - Gempak
PELAKON Farah Nabilah memperkenalkan anak keduanya selepas tujuh hari selamat bersalin.
Menerusi akaun Instagram miliknya Farah atau nama lengkapnya Farah Nabilah Saipuddin turut memperkenalkan nama puteranya itu sebagai Yusuf Gibran.
“Assalamualaikum. Hari ini hari ketujuh dia. Yusuf Gibran Mohamed Amirul,” tulisnya.
Menerusi perkongsian itu, Farah turut memuat naik foto dan video dia bersama bayi dihari kelahiran anaknya itu.
Namun begitu, Farah tidak mendedahkan lagi wajah si kecil buat tatapan umum.
Dalam masa yang sama, Farah sempat menitipkan doa yang terbaik buat anaknya itu supaya menjadi anak yang soleh.
"Terima kasih atas doa semua. Semoga Yusof Gibran menjadi anak yang soleh, mempunyai adab dan akhlak seperti Rasulullah S.A.W serta dilindungi dari segala kejahatan,” tambahnya.
Farah dan pasangannya, Mohammed Amirul Yunus yang merupakan seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2019.
Terdahulu, rumah tangga mereka diserikan dengan kelahiran anak lelaki bernama Andre Omar yang kini berusia tiga tahun. - Gempak
Topic Berkaitan
#Farah Nabilah
#pelakon
#anak kedua
#Yusuf Gibran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan