Pelakon Friends Matthew Perry meninggal dunia

Astro Awani
Oktober 29, 2023 00:45 MYT
Perry ditemui lemas di dalam jakuzi di rumahnya di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS). - Foto Instagram/Matthew Perry
SALAH seorang bintang dalam siri sitcom 'Friends', Matthew Perry dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 54 tahun.
Menurut laporan TMZ, pihak berkuasa memaklumkan pelakon itu ditemui lemas di dalam jakuzi di rumahnya di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Polis tidak menemui dadah atau sebarang unsur jenayah di tempat kejadian.
Perry paling dikenali sebagai watak Chandler Bing dalam sitcom era 90-an itu yang bersiaran selama 10 musim.
Beliau muncul dalam kesemua 234 episod Friends.
Selain Friends, Perry pernah muncul dalam beberapa siri TV lain seperti 'Boys Will Be Boys', 'Growing Pains', 'Silver Spoons', 'Charles in Charge', 'Sydney', 'Beverly Hills, 90210', 'Ally McBeal' dan banyak lagi.
#Matthew Perry #friends #meninggal dunia #chandler bing