awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon Hollywood Armie Hammer dituduh merogol

Agensi
Agensi
19/03/2021
10:52 MYT
Pelakon Hollywood Armie Hammer dituduh merogol
Selepas beberapa pendedahan dibuat di media sosial yang mengaitkan Armie dengan rogol dan serangan seksual sejak awal tahun ini, pelakon itu dibuang daripada syarikat agensinya, WME. Foto - REUTERS
PELAKON Hollywood Armie Hammer disiasat oleh polis atas dakwaan melakukan serangan seksual.
Menurut Polis Los Angeles, Hammer adalah suspek utama dalam kes yang dilaporkan kepada polis pada 3 Februari lalu.
Dalam satu sidang media secara maya pada Khamis, seorang wanita berusia 24 tahun mendakwa dirogol Armie secara berulang selama empat jam, dalam satu kejadian pada 24 April 2017.
Polis bagaimanapun tidak mengesahkan sama ada kes serangan seksual bawah siasatan pihaknya adalah sama dengan insiden yang dilaporkan wanita berkenaan.
Wanita yang hanya dikenali sebagai Effie itu turut mendakwa Armie bertindak ganas dengan menghentak kepalanya di dinding.
Menurut peguamnya, Gloria Allred, beberapa bukti dalam bentuk gambar telah diserahkan kepada polis untuk siasatan.
“Dalam empat jam itu, saya cuba untuk melarikan diri. Saya anggap dia akan bunuh saya,” kata Effie.
Effie berusia 20 tahun semasa mengenali pelakon itu pada tahun 2016, ketika Armie masih bergelar suami kepada personaliti televisyen, Elizabeth Chambers.
Pasangan itu disahkan bercerai tahun lalu.
Peguam Armie, Andrew Brettler bagaimanapun menafikan dakwaan yang dibuat Effie.
Dalam satu kenyataan kepada BBC, peguamnya mengatakan bahawa segala hubungan yang dijalinkan bersama wanita itu “mendapat persetujuan kedua-dua pihak, dibincangkan dan dipersetujui terlebih dahulu, dan saling berpartisipasi”.
Armie terkenal untuk wataknya dalam filem The Lone Ranger, The Man from U.N.C.L.E. dan Call Me By Your Name.
Selepas beberapa pendedahan dibuat di media sosial yang mengaitkan Armie dengan rogol dan serangan seksual sejak awal tahun ini, pelakon itu dibuang daripada syarikat agensinya, WME.
Topic Berkaitan
#Armie Hammer
#Effie
#houseofeffie
#Hollywood
#rogol
#serangan seksual
#Los Angeles
#polis
#The Lone Ranger
#The Man from U N C L E
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan