awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon 'Hometown Cha-Cha-Cha' Kim Seon Ho tunai janji jalan-jalan di KLCC

Gempak
Gempak
21/08/2023
08:21 MYT
Pelakon 'Hometown Cha-Cha-Cha' Kim Seon Ho tunai janji jalan-jalan di KLCC
Tidak hanya KLCC, malah Seon Ho juga mengikuti cadangan peminat untuk mengambil angin di lokasi menarik seperti Dataran Merdeka. -Gempak/Instagram
KUALA LUMPUR: PELAKON terkenal Korea, Kim Seon Ho menunaikan janjinya untuk mengunjungi Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC).
Tidak hanya KLCC, malah Seon Ho juga mengikuti cadangan peminat untuk mengambil angin di lokasi menarik seperti Dataran Merdeka.
Aktor yang membintangi drama hit Hometown Cha-Cha-Cha ini juga turut memuat naik beberapa foto di akaun Instagram merakamkan dirinya sedang tersenyum ketika berada di dua lokasi berkenaan.
View this post on Instagram
A post shared by 김선호 (@seonho__kim)
Dalam pada itu, di ruangan komen pula rata-rata peminat meluahkan rasa gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Seon Ho kerana mengunjungi KLCC dan Dataran Merdeka.
Antara komen yang diterima:
“Mesti dia terkenang momen masa fanmeeting di Malaysia.”
“Untungnya siapa yang jumpa, aku dah lah baru keluar KLCC ni.”
“Oppa! Terima kasih kerana datang ke dua lokasi ikonik di Malaysia. Miss you.”
“Terima kasih oppa! Datang Malaysia lagi please…”
Untuk pengetahuan, kunjungan Seon Ho ke Malaysia adalah untuk menghadiri sesi bertemu peminat 2023 Kim Seon Ho Asia Tour One, Two, Three, Smile yang diadakan di Mega Star Arena, Bukit Bintang pada Jumaat.
Malah semasa acara itu sedang berlangsung, Seon Ho sendiri menyatakan hasrat untuk mengunjungi tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur termasuklah KLCC. -Gempak
Topic Berkaitan
#Kim Seon Ho
#Dataran Merdeka
#KLCC
#pelakon Korea Selatan
#Hometown Cha Cha Cha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan