[TERKINI] Najib Razak kekal di Penjara Kajang
HIBURAN

Pelakon ‘It', 'Black Phone’ James Ransone meninggal dunia

Astro Awani 22/12/2025 | 04:00 MYT
Pelakon Hollywood James Ransone, 46, meninggal dunia di kediamannya di Los Angeles. -Gambar fail/AP
LOS ANGELES: Dunia hiburan Hollywood dikejutkan dengan pemergian pelakon James Ransone, 46, pada Jumaat di kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat.


Ringkasan AI
  • Pelakon Hollywood James Ransone, 46, meninggal dunia di kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat, dalam keadaan yang dipercayai sebagai bunuh diri.
  • Ransone terkenal menerusi peranannya dalam siri drama jenayah HBO, "The Wire", dan filem seram popular seperti "It: Chapter Two" dan "Sinister".
  • Pemergian Ransone telah menimbulkan reaksi ucapan takziah daripada rakan-rakan artis dan peminat di media sosial.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes kematian Ransone dan mendiang dipercayai mati akibat bunuh diri.

Dilahirkan pada 2 Jun 1979 di Baltimore, Maryland, Ransone mula dikenali ramai melalui peranannya sebagai Chester “Ziggy” Sobotka dalam musim kedua siri drama jenayah HBO The Wire.

Lakonannya sebagai pekerja pelabuhan yang bergelut dengan tekanan hidup dan konflik dalaman telah menerima pujian ramai pengkritik.

Ransone turut membintangi filem seram terkenal seperti "It: Chapter Two" (2019), "Sinister" (2012), "The Black Phone" (2021) dan sekuel "Black Phone 2" (2025).

Dalam siri mini HBO "Generation Kill", Ransone memegang watak sebagai Koperal Josh Ray Person, anggota marin yang bertugas di Iraq.

Ransone memulakan kerjaya lakonan pada awal 2000-an dan turut aktif dalam bidang muzik.

Mendiang merupakan antara pelakon yang sering bekerjasama dengan pengarah terkenal David Simon, pencipta "The Wire" dan "Treme".

Pemergian Ransone telah mencetuskan gelombang ucapan takziah dan penghormatan daripada rakan-rakan artis serta peminat di media sosial.

Setakat ini, keluarga Ransone belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pemergiannya.







Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah penyebab kematian pelakon James Ransone?
    A: Penyiasatan awal menunjukkan tiada unsur jenayah dan Ransone dipercayai mati akibat bunuh diri.
  • Q: Apa peranan terkenal James Ransone dalam industri hiburan?
    A: Ransone dikenali menerusi lakonannya dalam siri drama "The Wire" dan filem seram seperti "It: Chapter Two" dan "Sinister".
  • Q: Adakah keluarga James Ransone telah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pemergiannya?
    A: Sehingga kini, keluarga Ransone belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pemergiannya.



#James Ransone #bunuh diri #pelakon It dan Sinister #The Wire