awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon Kamal Adli cedera dipukul dengan cota di Singapura

Astro Awani
Astro Awani
12/03/2023
20:20 MYT
Pelakon Kamal Adli cedera dipukul dengan cota di Singapura
Kamal Adli cedera teruk di kepala selepas dipukul oleh seorang lelaki dengan menggunakan cota di Singapura, malam tadi. - Gambar Instagram Kamal Adi
KUALA LUMPUR: Aktor popular tanah air, Kamal Adli cedera teruk di kepala selepas dipukul oleh seorang lelaki dengan menggunakan cota di Singapura, malam tadi.
Menurut isterinya yang juga pelakon Uqasha Senrose, insiden itu berlaku selepas kedua-dua mereka menghadiri suatu acara di kotaraya itu.
Ekoran kecederaan yang dialami Kamal itu juga, Uqasha berkata, suaminya dikejarkan ke hospital dan perlu ditidurkan sebelum dibedah.
Uqasha mendakwa, kejadian itu berlaku semasa mereka berdua melayan permintaan seorang wanita berkerusi roda yang mahu merakamkan gambar kenangan sekitar pukul 9 hingga 10 malam.
"Saya dan Kamal bergambar dengan mak cik itu. Tiba-tiba, datang seorang lelaki dan bertanya, Kamal mana? Kami fikir dia peminat.
"Kamal kemudian tegur lelaki itu. Tiba-tiba lelaki itu keluarkan cota dari poket dan pukul belakang kepala Kamal berkali-kali.
"Darah Kamal berjurai di baju. Apabila Kamal angkat kepala, dia pukul tulang pipi. Lelaki itu kemudian pukul berkali-kali pada badan Kamal," dakwa Uqasha kepada portal BH Online yang menghubunginya di Singapura.
View this post on Instagram
A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)
Tidak lama selepas insiden berkenaan, Uqasha berkongsi video pendek di akaun Instagram (IG) peribadinya.
Dalam tangisan, Uqasha menulis nota memohon doa orang ramai untuk suaminya yang terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di Singapura.
"Saya tidak boleh masuk bilik pembedahan sekarang. Cuma, saya boleh buat laporan polis di Singapura," katanya.
Tidak hanya menyerang Kamal, bahkan, dakwa Uqasha lagi, adik-beradiknya yang bersama-sama dengan mereka ketika insiden itu turut diugut individu terbabit.
Topic Berkaitan
#Kamal Adli
#Kamal Adli diserang di Singapura
#dipukul dengan cota
#Uqasha Senrose
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan