[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
ENTERTAINMENT

Pelakon legenda Dilip Kumar meninggal dunia

Astro Awani 07/07/2021 | 03:10 MYT
Pelakon legenda Dilip Kumar meninggal dunia pagi ini pada usia 98 tahun. -TWITTER @TheDilipKumar
PELAKON legenda Dilip Kumar meninggal dunia pagi ini setelah sekian lama menderita sakit.
Mendiang berusia 98 tahun.
Dilip Kumar yang terkenal dengan jolokan 'raja tragedi' telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Hinduja sejak Selasa.
Kematian Dilip diumumkan rakan keluarga, Faisal Faisalqui di akaun Twitter pelakon itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dengan hati yang berat dan kesedihan yang amat mendalam, saya mengumumkan pemergian Dilip yang kami sayangi, beberapa minit yang lalu.
"Dari Tuhan kita datang dan kepada-Nya kita kembali."
Pemergian Dilip disahkan doktor yang merawat mendiang.
"Mendiang meninggal dunia kerana sakit berpanjangan pada jam 7.30 pagi," kata Dr Jalil Parkar.
Pelakon "Mughal-e-Azam" itu sering keluar masuk hospital dalam sebulan terakhir ini.
Punca kematian Dilip walau bagaimanapun tidak diumumkan.
#Dilip Kumar #meninggal dunia #raja tragedi #unit rawatan rapi #Jalil Parkar #Faisal Faisalqui #ICU #Hospital Hinduja