[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
ENTERTAINMENT

Pelakon Luqman Hafidz alami jangkitan paru-paru

Gempak 31/01/2020 | 08:00 MYT
Luqman Hafidz berkongsi mengenai kesakitan yang dialaminya di laman Instagram peribadinya.
PELAKON Luqman Hafidz disahkan mengalami masalah jangkitan paru-paru dan ditahan di wad sebuah hospital swasta di Ampang, Selangor.
Luqman atau nama sebenarnya, Muhd. Luqman Hafidz Mohd. Fauzi, 29, memaklumkan hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis.
"Terima kasih yang mendoakan. Buat yang bertanya, ada jangkitan di paru-paru dan juga sakit kepala yang memang tak boleh tahan.
"Siapa kenal pakar neorologi. mesej saya ya, saya nak minta pandangan lain. Doakan semuanya okay. Terima kasih," tulis pelakon filem Ola Bola itu di ruangan kapsyen.
Berdasarkan foto yang dikongsikan, difahamkan Luqman berada dalam keadaan stabil.
"Petang tadi buat degil turun bawah sebab dah bosan duduk wad, naik atas kena nebulizer balik," tulisnya.
Pelakon drama Selafaz Cinta itu juga turut berkongsi paparan laporan perubatan dirinya selepas menjalani ujian pengimejan resonans magnetik (MRI).

Ptg td buat degil turun bawah sebab dah bosan duk wad, naik atas kena nebulizer balik

#alami jangkitan paru-paru #Luqman Hafidz #pelakon