HIBURAN
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
Ketika majlis akad nikah berlangsung, Pablo kelihatan segak dan tenang dalam busana pengantin serba putih. - Foto Gempak
PELAKON, Pablo Amirul kini sah bergelar suami kepada pakar estetik, Dr Hana Rose dengan sekali lafaz pada pukul 12.30 tengah hari Isnin.
Pasangan itu dinikahkan bapa Dr Hana, Datuk Seri Dr Hasrul Sani sebagai wali, Ustaz Syed Abdullah sebagai jurunikah dengan disaksikan oleh abang kepada Dr Hana Datuk Dr Awang Faisal.
Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di satu lokasi di ibu negara.
Ketika majlis akad nikah berlangsung, Pablo kelihatan segak dan tenang dalam busana pengantin serba putih.
Pablo atau nama penuhnya Amirul Hisyam Mohd Sakri, 41, menyerahkan wang tunai sebanyak RM800, set peralatan solat dan sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
Majlis turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, sahabat handai dan rakan media yang membuat liputan pernikahan pasangan berkenaan.
Antara rakan artis yang hadir termasuk Rozita Che Wan, Zain Saidin, Ellie Suriaty dan Chacha Maembong.
Sebelum ini, Pablo memberitahu keputusan untuk bernikah dibuat secara singkat kerana enggan menangguhkan perkara baik.
Pada April tahun lalu, Pablo memaklumkan dia kini sedang hangat bercinta dengan pakar estetik dikenali sebagai Dr Hana Rose.
Menurut aktor berkenaan, hubungan mereka sudah mendapat restu keluarga dan enggan menunggu masa terlalu lama bercinta. -- Gempak