HIBURAN
Pelakon Redza Rosli dan Bella Hanna selamat timang cahaya mata lelaki
Pasangan selebriti, Redza Rosli dan Bella Hanna selamat menimang cahaya mata sulung lelaki pada 13 Januari lepas. - Gempak
PASANGAN selebriti, Redza Rosli dan Bella Hanna selamat menimang cahaya mata sulung lelaki pada 13 Januari lepas.
Menerusi perkongsian di Instagram, Bella meluahkan rasa syukur selepas lama menantikan kehadiran anak kecil itu.
Dia turut menamakan anak lelakinya itu sebagai Muhammad Aydrean Raess.
"Bismillah Masyaallah. Dari doa yang banyak ke tangisan kecil menangis. Alhamdulilah, kami bersyukur akhirnya kami dikurniakan seorang cahaya mata yang dinamakan Muhammad Aydrean Raess pada 13 Januari 2026.
"Sebuah cinta yang kami tak tahu akan wujud sehingga Allah hadirkan kamu di dalam rangkul tangan kami.
"Setiap doa dan solat kepada kamu, setiap penantian akhirnya berbaloi. Kami sangat sayang awak beruang kecil kami," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mengucapkan tahniah pada kedua pasangan tersebut sambil mendoakan agar anak kecil itu membesar menjadi anak yang soleh.
"Masyaalah, tahniah pasangan kesayangan saya.
"Alhamdulillah abangku, semoga Allah menjadikan anak ini Soleh.
"Alhamdullilah, tahniah korang.
"Nampak pipi pun dah tau hensem. Tahniah korang," komen netizen.
Sebelum ini, Redza dan Bella dilihat mengadakan majlis ‘gender reveal’ yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.
Sewaktu Redza dan Bella sedang berdiri dihadapan tetamu, kelihatan asap berwarna biru dikeluarkan sekaligus menandakan mereka bakal menimang cahaya mata lelaki.
Sekadar info, Redza dan Bella selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Jun tahun lalu. -- Gempak