Pelakon sitkom 'Eight is Enough' Adam Rich meninggal dunia

Astro Awani
Januari 8, 2023 23:30 MYT
Rich memegang watak Nicholas Bradford, anak bongsu daripada lapan beradik dalam siri 'Eight is Enough', yang dilakonkannya ketika dia baru berusia lapan tahun. - Getty Images
PELAKON siri TV popular era 70-an 'Eight is Enough' meninggal dunia di kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada usia 54 tahun.
Berita sedih bintang kanak-kanak termuda dalam sitkom popular satu ketika dahulu itu diumum keluarganya pada Sabtu, lapor TMZ.
Punca kematian Rich setakat ini tidak didedahkan namun siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau perkara mencurigakan.
Rich memegang watak Nicholas Bradford, anak bongsu daripada lapan beradik dalam siri 'Eight is Enough', yang dilakonkannya ketika dia baru berusia lapan tahun.
Ketika zaman kegemilangannya, Rich pernah tersenarai antara 100 bintang kanak-kanak terhebat VH1.
#Adam Rich #siri sitkom popular era 70-an #Eight is Enough #Nicholas Bradford