[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
ENTERTAINMENT

Pelakon Star Trek 'Alezander Rozhenko' meninggal dunia pada usia 33 tahun

Astro Awani 07/01/2018 | 12:37 MYT
Pemergian mendiang pada usia muda mengejutkan ramai pihak termasuk peminat setia Star Trek. - Foto Twitter/@JulieCzyras
Pelakon filem sains fiksyen Star Trek: The Next Generation, Jon Paul Steuer meninggal dunia pada usia 33 tahun.
Bintang kanak-kanak ini yang terkenal dengan watak 'Alexander Rozhenko', meninggal dunia pada 1 Januari 2018 namun punca kematiannya belum didedahkan lagi, menurut laporan akhbar Oregon, Willamette Week.
Pemergian mendiang pada usia muda mengejutkan ramai pihak termasuk peminat setia Star Trek.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ucapan takziah memenuhi ruangan komen selepas Star Trek Online berkongsi berita sedih itu menerusi Twitter rasminya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dilahirkan di California pada 27 Mac 1984, mendiang dilabel sebagai pelakon cilik paling berbakat ketika muncul di kaca televisyen pada usia 3 tahun.
Mendiang juga popular dengan gelaran Jonny P Jewels selepas menukar kerjaya sebagai penyanyi dan pemuzik.
Walaupun sibuk dengan aktiviti seni, mendiang tidak melepaskan peluang menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Paling membanggakan, restoran berkonsepkan 'vegetarian' sering menjadi tumpuan pengunjung dan penggemar makanan sihat yang diusahakan mendiang, terletak di Portland, Oregon.
#Alexander Rozhenko #California #filem #Jon Paul Steuer #Jonny P Jewels #meninggal dunia #Star Trex #The Next Generation