HIBURAN
Pelakon veteran Dharma Harun Al Rashid meninggal dunia
Allahyarham Dharma Harun Al Rashid, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya pada kira-kira 9.10 malam tadi.
KUALA LUMPUR : Dunia seni tanah air kehilangan seorang lagi bintang apabila pelakon veteran, Dharma Harun Al Rashid, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya pada kira-kira 9.10 malam tadi.
Berita sedih itu dikongsi anak keduanya, Muhammad Al Syafiq, 36, menerusi satu kenyataan di Instagram.
“Ayah saya meninggal waktu saya balik tadi pukul 9.10 malam,” tulisnya ringkas.
Menurut laporan sebuah portal, Al Syafiq, baru tiba di rumah selepas pulang daripada kelas di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan mendapati bapanya sudah tidak bernyawa.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan keadaan fizikal pelakon era 1980-an itu semakin merosot. Dalam satu mesej WhatsApp ketika dihubungi, Allahyarham memaklumkan berat badannya susut sehingga hanya 45 kilogram.
Dharma, 69, yang terkenal menerusi filem-filem popular seperti Adik Manja dan Sikit Punya Gila, tinggal bersama dua anaknya iaitu Muhammad Al Syafiq, dan Siti Qurratu Aini, 37, yang kedua-duanya masih menuntut di ASWARA.
Menurut Instagram Story Al Syafiq, jenazah Allahyarham akan diuruskan di Masjid Abu Ubaidah, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur.