Pelakon veteran Latiff Borgiba meninggal dunia

Astro Awani
Disember 14, 2017 07:45 MYT
Latiff Borgiba meninggal dunia pada usia 80 tahun. Al-fatihah. - Foto Astro AWANI
Pelakon veteran, Latiff Borgiba atau nama sebenar Abdul Latiff T. K. Gomu Kakah meninggal dunia akibat sakit tua sebentar tadi di kediamannya di sini.
Ia disahkan oleh anak Allahyarham, Ab Uzza Ab Latiff yang merupakan jurukamera di Astro AWANI sejurus selepas beliau mendapat panggilan dari bondanya.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun.
Menurut Ab Uzza, Allahyarham mengalami kekejangan pada awal Rabu. Anak-anak datang melawat Allahyarham malam tadi di kediamannya. Bapa saya kelihatan stabil dan masih boleh berkomunikasi dengan anak-anaknya ketika kami datang melawat.

6:15PM Ahli keluarga mula memenuhi kediaman Allahyarham.. @501Awani pic.twitter.com/CdBaiUzoqI

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 14, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

6:20PM Kelihatan wakil Persatuan SENIMAN turut hadir @501Awani pic.twitter.com/qiV48rdLkq

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 14, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ayah sudah lama menghidap sakit tua," katanya.
Dilahirkan di Bangkok, Thailand, Latiff yang berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1946 meninggalkan seorang balu, Fatimah Leman dan 16 orang anak.
Sepanjang hayatnya di dalam dunia seni, Allahyarham sangat sinonim dengan watak-watak antagonis dalam filem serta drama yang diterbitkan sejak 1960-an.
Latiff pernah melakonkan beberapa buah filem termasuk 'Dang Lenggang', 'Ribut di Hujung Senja' dan 'Anakku Suamiku". Antara produksi televisyen yang pernah dibintangi Latiff termasuk drama 13 episod berjudul, "Tekukur Tak Berbunyi Lagi".

Jenazah Allahyarham Latiff Borgiba akan dibawa ke Surau AlEhsan, Taman Danau Kota untuk disolat dan dimandikan selepas solat Maghrib@501Awani

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 14, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jenazah beliau dijangka akan dikebumikan malam ni sekitar jam 10 malam ni.@501Awani

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 14, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota.

— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 14, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, Setapak sekitar jam 9 malam ini.
#AB Uzza Abd Latiff #berita hiburan #Latiff Borgiba #Latiff Borgiba meninggal dunia #Pelakon Malaysia #pelakon veteran #Perginya Latiff Borgiba #Tanah Perkuburan Islam Danau Kota