awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon veteran Zulkifli Zain meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
05/09/2020
14:17 MYT
Pelakon veteran Zulkifli Zain meninggal dunia
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di samping isterinya Datin Normala Omar dan lima orang anaknya. - Foto BERNAMA
Pelakon veteran tanah air, Datuk Zulkifli Zain, 76, meninggal dunia sekitar jam 8.30 malam tadi di kediamannya di UK Perdana.
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di samping isterinya Datin Normala Omar dan lima orang anaknya.
Difahamkan, beliau meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit.
Menurut Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di UK Perdana pada pagi Ahad.
"Datuk Zulkifli Zain telah beberapa kali dimasukkan ke hospital sebelum ini disebabkan masalah kesihatan yang meruncing.
"Jenazah beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan islam UK Perdana pagi esok," katanya.
Zulkifli memulakan karier dengan filem pertama lakonannya iaitu Jiwa Remaja pada tahun 1975.
Beliau juga telah berlakon dalam lebih sepuluh buah filem dan beratus drama sepanjang berada di dalam dunia hiburan.
"Seniman Malaysia mengucapkan Takziah buat ahli keluarga dan semoga tabah hadapi ujian Allah," kata Hafiz.
Topic Berkaitan
#air
#filem
#hiburan
#Hospital
#Islam
#jenazah
#Jiwa Remaja
#keluarga
#kesihatan
#Malaysia
#meninggal dunia
#remaja
#Seniman
#Zulkifli Zain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan