KUALA LUMPUR: Monsta, studio di sebalik siri popular Mechamato baru-baru ini, mengumumkan pelancaran semula "Mechamato Robot Battle" dalam Roblox bermula 13 Okt lepas, dengan matlamat untuk mengembangkan permainan menjadi pengembangan dunia yang luas.

Ini meliputi lebih banyak kandungan, peta, koleksi dan pengalaman yang mengasyikkan, inisiatif francais animasi Mechamato itu sendiri yang telah berjaya memenangi anugerah.

Syarikat itu dalam satu kenyataan memaklumkan permainan itu telah diubah suai berdasarkan maklum balas pemain sejak setahun lalu melalui kraf pembinaan dunia yang teliti dan ia kini dioptimumkan untuk peranti mudah alih, memastikan pengalaman permainan yang lancar pada PC, Mac, iOS dan Android untuk semua pemain.

"Penerokaan menerusi "Mechamato Robot Battle" kini lebih menarik berbanding sebelum ini dengan ciri baharu yang membolehkan pemain meningkatkan tahap watak mereka dan meningkatkan statistik individu, dan pengenalan item Mekanisasi baharu, seperti senjata dan sut, bertaburan di seluruh peta permainan.

"Monsta juga telah mengiktiraf minat peminat terhadap francais BoBoiBoy ikonik mereka dan telah memperkenalkan aset Kandungan Dijana Pengguna (UGC) yang boleh dikumpulkan dan dilengkapi oleh peminat untuk menyesuaikan pengalaman dalam permainan mereka," menurut kenyataan itu.

Menurut Monsta, peminat Mechamato The Animated Series dan Mechamato Movie pastinya akan berasa teruja untuk berdepan robot baharu yang boleh dilawan dan ditangkap, menambah lapisan kebiasaan kepada pengalaman permainan untuk peminat sedia ada dan menyediakan pengenalan yang menarik untuk pendatang baharu.

"Sebagai jenama yang menyemarakkan imaginasi dan keinginan untuk berinovasi dalam khalayak yang lebih muda; Mechamato terus menjadi gabungan bijak antara keseronokan dan imaginasi dengan menggunakan platform Roblox yang terkenal dengan galakan untuk pemain meneroka dan mengekspresikan diri mereka sekreatif mungkin," menurut Monsta dalam kenyataan itu.

Pelancaran semula baharu permainan Mechamato Robot Battle boleh diakses melalui pautan, PLAY NOW! Mechamato Robot Battle on ROBLOX.

-- BERNAMA