Terkini: Kes Kematian pelatih Palapes UTM – Ikuti Perkembangan di Sini
HIBURAN

Pelawak Reggie Carroll maut ditembak di Mississippi, suspek ditahan

Astro Awani 26/08/2025 | 08:51 MYT
Pelawak Baltimore, Reggie Carroll, meninggal dunia pada usia 52 tahun selepas ditembak di Southaven, Mississippi pada 20 Ogos. -Gambar fail/FB Village Wall
MISSISSIPPI: Pelawak terkenal dari Baltimore, Reginald “Reggie” Carroll, meninggal dunia pada usia 52 tahun selepas ditembak dalam satu insiden di Southaven, Mississippi pada 20 Ogos lalu.


Ringkasan AI
  • Pelawak Baltimore, Reggie Carroll, meninggal dunia pada usia 52 tahun selepas ditembak di Southaven, Mississippi pada 20 Ogos.
  • Carroll dikenali sebagai Knockout King of Comedy dan pernah muncul dalam Showtime at the Apollo serta The Parkers, selain aktif dalam komuniti komedi Baltimore.
  • Rakan-rakan termasuk MoNique dan kelab Mobtown Comedy memberi penghormatan atas kehilangan beliau, manakala keluarganya memohon ruang privasi.


Menurut Polis Southaven, Carroll ditemui dengan kesan tembakan di kawasan Burton Lane sebelum dibawa ke Hospital Regional One di Memphis, namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dialami.

Seorang suspek lelaki telah ditahan dan didakwa atas tuduhan membunuh.

Pihak berkuasa menyifatkan insiden sebagai kes terpencil dan siasatan masih diteruskan.

Reggie Carroll dikenali sebagai “Knockout King of Comedy” dan pernah muncul dalam pelbagai program televisyen termasuk "Showtime at the Apollo" dan sitkom "The Parkers" bersama Mo’Nique.

Mendiang juga aktif dalam pementasan komedi keliling dan menjadi figura penting dalam komuniti komedi Baltimore.

Mo’Nique, rakan seperjuangan dan pelakon pemenang Oscar, menyifatkan Carroll sebagai “abang dalam dunia komedi” dan mengenang saat-saat mereka bersama di pentas dan jalanan sebagai “masa yang luar biasa”.

Rest in power @comedianreggiecarroll. Terima kasih kerana menjadi antara yang pertama menyokong kami. Komuniti komedi Baltimore sangat berdukacita atas kehilangan bakat besar ini,” tulis hantaran Kelab Mobtown Comedy di media sosial.

Abangnya, Jonathan Carroll, dalam hantaran Facebook, mengucapkan terima kasih atas sokongan dan ucapan takziah daripada peminat dan rakan-rakan, sambil memohon ruang privasi buat keluarga mereka.







#Reggie Carroll #Pelawak Baltimore #mati ditembak #Knockout King of Comedy