Pelawak Shahrol Shiro akhiri zaman duda

Gempak
Mac 19, 2016 00:00 MYT
Shahrol atau nama sebenarnya, Shahrol Azizie Azmi, 31, dinikahkan dengan Anna atau nama sebenarnya Nor Farhanah Syamimi pada Jumaat.

PELAWAK dan pengacara, Shahrol Shiro selamat menamatkan zaman dudanya bersama gadis pilihan hati, Anna Danisha.

Shahrol atau nama sebenarnya, Shahrol Azizie Azmi, 31, dinikahkan dengan Anna atau nama sebenarnya Nor Farhanah Syamimi, 26, dengan mas kahwin senaskah kitab suci Al-Quran tepat jam 9.15 Jumaat malam.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Jemerlang, Kampus INTAN Wilayah Selatan, Kluang, Johor.

Dihadiri oleh tetamu yang terdiri daripada keluarga dan teman rapat, majlis resepsi pihak perempuan bakal berlangsung pada 19 Mac dan majlis resepsi pihak lelaki bakal diadakan pada bulan Julai, selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sebelum ini, Shahrol pernah berkahwin pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang anak, Muhd Adam Danish yang kini berusia lapan tahun.

#kahwin #Shahrol Azizie Azmi #Shahrol Shiro