awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelawat tidak dibenarkan, Noki K-Clique diarah rehat secukupnya

Gempak
Gempak
15/10/2021
01:50 MYT
Pelawat tidak dibenarkan, Noki K-Clique diarah rehat secukupnya
Noki kini sedang mendapatkan rawatan rapi bagi memulihkan keadaannya. - Foto Astro Gempak
SHAH ALAM: Penyanyi dan pelakon, Noki masih lagi dirawat di sebuah hospital di Shah Alam selepas tekanan darah dan kandungan plateletnya turun dengan mendadak akibat diserang demam denggi.
Menurut pengurus Farahrizan Razak, Noki kini sedang mendapatkan rawatan rapi bagi memulihkan keadaannya sementara pihak hospital pula tidak membenarkan sesiapa untuk datang melawat kerana khuatir jangkitan COVID-19.
“Buat masa ini, doktor masih memantau keadaan Noki untuk mengembalikan bacaan normal pada platelet serta tekanan darah.
“Justeru, saya berharap agar peminat dan orang ramai dapat mendoakan agar segalanya dipermudahkan dan kesihatan Noki kembali seperti sedia kala,” ujarnya kepada Gempak.
View this post on Instagram
A post shared by NOKI K-CLIQUE (@ikhwanlee94)
Ditanya mengenai punca anggota kumpulan K-Clique mendapat jangkitan demam denggi itu, Farah berkata, dia tidak mahu menyalahkan sesiapa memandangkan Noki berada di lokasi penggambaran terbuka sejak beberapa minggu lalu.
“Sejak kerajaan membenarkan anak seni menjalankan semula penggambaran, Noki telah mula bekerja untuk menyiapkan drama Oh My Hantaran. Lokasi utama di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.
“Benda nak jadi kan? Lagipun dia berada di tempat terbuka. Pelbagai jenis serangga ada. Apa yang kami harapkan adalah Noki cepat sembuh. Hal ini kerana, dia ada beberapa tanggungjawab yang perlu dia laksanakan,” ujarnya lagi,
Terdahulu, Noki atau nama sebenarnya, Ahmad Ikhwan Aji, 27, mengalami gejala demam. Setelah mendapat keputusan negatif COVID-19, Noki menyambung semula penggambaran drama Oh My Hantaran tersebut.
Namun, keadaan Noki bertambah teruk apabila wajahnya bertukar pucat dan pihak produksi meminta dia mendapatkan rawatan susulan di klinik berdekatan.
Hasil daripada pemeriksaan doktor, Noki disahkan menghidap demam denggi dengan keadaan platelet rendah dan tekanan darah juga rendah. * Artikel asal disiarkan di Gempak.
Topic Berkaitan
#Noki
#denggi
#Hospital
#rehat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan