[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
ENTERTAINMENT

Peluang tonton konsert Coldplay dalam filem 'A Head Full of Dreams'

Nursyazwani Saiful Sham 13/10/2018 | 00:00 MYT
Penyanyi utama Coldplay, Chris Martin, semasa membuat persembahan di iHeartRadio Music Festival di Arena T-Mobile, Las Vegas, Nevada, 22 Sept, 2017. REUTERS / Fail
INI berita gembira buat peminat Coldplay!
Bagi anda yang tidak berkesempatan menyaksikan kumpulan ini memukau ribuan penonton pada konsert 'A Head Full of Dreams', kini anda berpeluang menikmatinya.
Filem berbentuk dokumentari yang diarahkan Mat Whitecross ini akan mula ditayangkan pada 14 November ini di seluruh dunia.
'A Head Full of Dreams' akan mempertontonkan konsert jelajah kumpulan itu yang berlangsung tahun lepas di 63 lokasi termasuk di Argentina, Eropah, Amerika Utara dan Asia.
‘A Head Full of Dreams’ akan mempertontokan konsert jelajah yang bermula di Argentina, Eropah, Amerika Utara dan Asia. -Reuters
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bukan itu sahaja, cerita eksklusif di sebalik tabir juga akan dipertontonkan agar anda dapat menikmati filem tersebut bagaikan menghadiri konsert itu sendiri.
Coldplay turut berkongsi trailer filem tersebut menerusi akaun Twitter rasmi mereka.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi peminat mereka di Malaysia, ini adalah peluang untuk merasakan diri anda seolah-olah menghadirinya.
Pada 2016, netizen meluahkan rasa kecewa apabila tiket Coldplay habis dijual dalam masa dua jam selepas ia dibuka kepada umum walaupun konsert itu berlangsung di Singapura pada 1 April 2017.
BACA: Tiket konsert Coldplay habis dijual, netizen luah kekecewaan di media sosial
BACA: Coldplay berjaya memukau ribuan peminat di Singapura
#A Head Full Of Dreams #Coldplay #dokumentari #konsert jelajah #trailer filem