awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembaca berita Wan Chik Daud meninggal dunia

Saharudin Musthafa
Saharudin Musthafa
26/09/2020
05:14 MYT
Pembaca berita Wan Chik Daud meninggal dunia
Allahyarham Wan Chik Daud meninggal dunia kerana kanser payu dara tahap empat, kencing manis, darah tinggi dan lumpuh. - Gambar fail
Pembaca berita legenda, Wan Chik Daud menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Lembah Keramat, di sini hari ini.
Allahyarham menghidap kanser payu dara tahap empat, kencing manis, darah tinggi dan lumpuh meninggal dunia pada usia 80 tahun.
Wan Chik atau nama sebenarnya Wan Chik Othman merupakan antara pembaca berita kelahiran stesen televisyen kerajaan, RTM yang pernah masyhur sekitar tahun 1980-an.
Berita pemergian Allahyarham Wan Chik disahkan oleh Presiden Persatuan veteran RTM, Zohara Gany Batusha kepada Astro AWANI.
“Saya baru saja menerima berita pemergian Allahyarham Wan Chik. Saya difahamkan jenazah masih berada di kediamannya,” kata Zohara Gany.
Allahyarham Wan Chik yang juga pernah aktif sebagai pelakon dan pernah membintangi filem filem Do Re Mi arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee terbitan Merdeka Studio, Kuala Lumpur.
Wan Chik sebelum ini dilaporkan mengalami serangan angin ahmar ringan dua tahun lalu selepas pemergian suaminya yang juga pelakon, Allahyarham M Rajoli pada 2010.
Allahyarham mempunyai empat anak yang mana dua daripadanya menetap di Amerika Syarikat dan Singapura sementara dua orang lagi anaknya menetap di Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#kanser
#Kuala Lumpur
#Lembah Keramat
#meninggal dunia
#pembaca berita RTM
#Wan Chik Daud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan