AWAL pagi Jumaat 18 Mac 2016, komposer dan penerbit tersohor, Datuk Adnan Abu Hassan, memenuhi janjinya untuk menemui Sang Pencipta.
Antara nama yang cukup ikonik dalam industri muzik, Adnan, 57 tahun, sudah menulis ratusan lagu popular.
Malah, ramai penyanyi popular hari ini pernah dibimbingnya di zaman kegemilangan mereka.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tentunya paling terkesan dengan pemergian Adnan.
Masakan tidak, Adnan antara orang yang bertanggungjawab 'mengesan' bakat Siti, seterusnya mendidik beliau sehingga bergelar legenda muzik.
Turut sama berkongsi kesedihan ialah Misha Omar, yang juga salah seorang anak didik Adnan.
"Bunga-Bunga Cinta" ciptaan Allahyarham memberi kenangan manis untuk Misha kerana lagu itulah yang memperkenalkan namanya kepada peminat.
Lagu "Di Persimpangan Dilema" pastinya akan menjadi satu memori cukup indah buat penyanyinya, Nora.
Lagu malar segar yang cukup popular satu ketika dahulu itu menjulang Nora sehingga menjadi satu nama yang cukup dikenali di dalam industri muzik.
Seorang lagi artis yang cukup sinonim dengan Allahyarham ialah Aishah.
Pernah mengalunkan banyak lagu hit ciptaan Adnan seperti "Camar Yang Pulang" dan "Kasih Kita", pemergian Adnan tentunya amat dirasai.
Adnan meninggal dunia jam 2.17 pagi tadi akibat angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang.
Madiha Abdullah
Fri Mar 18 2016
Nama yang cukup ikonik dalam industri muzik, Adnan sudah menulis ratusan lagu popular dan membimbing ramai penyanyi popular di zaman kegemilangan mereka. -Foto Astro Gempak
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
PRU15: Adnan, Shamshulkahar akhirnya jawab persoalan calon Kuala Pilah dan Jempol
Watikah pelantikan tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan pada majlis di Wisma UMNO Seremban hari ini.
"Tak tahu nak tulis apa, taip, nangis, padam, ulang lagi..." - Misha Omar menangis saat...
Sebak, mungkin itu yang dirasai oleh Misha Omar ketika menyanyikan lagu Bunga-Bunga Cinta pada malam terakhir konsert Soul Sisters.
Belasungkawa: 10 perkara tentang Adnan Abu Hassan
Bagi yang tidak begitu mengenali Allahyarham, Astro AWANI kongsikan beberapa fakta untuk kita sama-sama mengenang insan hebat ini.
Pemergian Adnan Abu Hassan, anak didik kongsi kesedihan
Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Nora dan Aishah, antara nama-nama besar yang pernah 'berguru' dengan Allahyarham.
Komposer terkenal Adnan Abu Hassan meninggal dunia
Jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.
Adnan, Siti Hajar guru vokal Kilauan Emas
"Kilauan Emas" kembali untuk musim ketiga dengan memperkenalkan Adnan Abu Hassan dan Siti Hajar sebagai guru vokal.