[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

Pemergian Bob Saget: "Anda buat dunia ketawa dengan jenaka mu!" - Jim Carrey

Agensi 10/01/2022 | 09:11 MYT
"Anda akan dirindui, Saget..." - Jim Carrey. - Kredit foto Twitter Jim Carrey.
PELAKON sitkom "Full House" Bob Saget, 65 yang dilaporkan meninggal dunia di sebuah hotel di Orlando, Florida, Amerika Syarikat dikenang rakan-rakan artis Hollywood sebagai individu yang disenangi kerana karakternya yang peramah, ceria dan sering mencuba sesuatu yang baharu.
Mendiang dipercayai mati di sebuah bilik di Ritz-Carlton Orlando, Grande Lakes, memetik kenyataan dari Pejabat Polis Orange County.
"Individu berkenaan merupakan Bob Saget dan mendiang meninggal dunia di lokasi kejadian. Pihak penyiasat tidak menjumpai sebarang penggunaan dadah dalam kes ini," kata kenyataan.
BACA: Pelakon Bob Saget meninggal dunia
Punca kematian akan dikenal pasti oleh pakar perubatan," tambah kenyataan itu.
Saget berada di Florida selepas membuat persembahan di Ponte Vedra Beach, seperti yang dimaklumkan di Twitter peribadinya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rakan-rakan artis termasuk Bob Stamos yang cukup terkesan, berkata yang beliau amat terkesan dengan berita pemergian sahabat baiknya itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pelakon komedi, Jim Carrey turut menzahirkan ucapan takziahnya dalam satu hantaran di Twitter peribadinya dengan berkongsi sekeping gambar mereka berdua.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keluarga mendiang dalam satu kenyataan pada CNN pada Isnin, mengesahkan pemergian mendiang yang sinonim dengan watak Danny Tanner dalam sitkom popular berkenaan.
Mendiang dipercayai mati di sebuah bilik di Ritz-Carlton Orlando, Grande Lakes, memetik kenyataan dari Pejabat Polis Orange County.
"Individu berkenaan merupakan Bob Saget dan mendiang meninggal dunia di lokasi kejadian. Pihak penyiasat tidak menjumpai sebarang penggunaan dadah dalam kes ini," kata kenyataan.
#Bob Saget #sitkom Full House #meninggal dunia #Ritz-Carlton Orlando