HIBURAN

Pemergian Noreen Noor mengejutkan rakan artis

Astro Awani 22/10/2013 | 22:53 MYT
Jenazah pelakon terkenal Noreen Noor selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulai, Serkam, Melaka pada pukul 1.40 tengah hari tadi.

Jenazah telah disembahyangkan di Masjid Ar-Rahman Kampung Pulai selepas solat Zohor.

Pelakon dan penyanyi terkenal itu meninggal dunia pada pukul 5.50 pagi tadi di Hospital Ampang Puteri, Selangor.

Berusia 54 tahun, Allahyarhamah meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.

Allahyarhamah meninggalkan dua orang anak, seorang perempuan dan seorang lelaki.

Antara lagu popularnya adalah Siang Terbayang Malam Merindu.

Selain menyanyi, beliau juga popular di layar perak dan filem pertama lakonannya, Talak diterbitkan pada tahun 1980.

Antara filem lain yang pernah dibintanginya adalah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#meninggal dunia #Noreen Noor #pelakon #penyanyi