Buat pertama kalinya rancangan edutainment Oh My English! Class of 2015 memberi peluang kepada peminat untuk menentukan jalan cerita siri tersebut.

Melalui episod akhir blok pertama Oh My English! Class of 2015 yang bakal bersiaran Ahad ini, peminat boleh menggunakan medium Twitter untuk menyelamatkan cikgu Bahasa Inggeris kesayangan mereka, Mr Henry Middleton.

Seperti yang kita semua sedia maklum, pelakon Zain Saidin yang cukup sinonim dengan watak tersebut telah pun mengemudi rancangan ini selama empat musim, termasuk tiga telemovie.

Jika tidak lama dahulu terdapat desas desus mengatakan pelakon berdarah kacukan Inggeris ini bakal meninggalkan siri tersebut, kini ianya seakan menjadi kenyataan. Justeru, pihak Astro kini memberi peluang kepada penonton Oh My English! untuk turut sama menjadi penentu jalan cerita Oh My English! Class of 2015.

Dengarnya, Mr Middleton bakal meninggalkan kelas 5 Merah dan berhijrah ke tempat lain dan secara tidak langsung, berpisah dengan seluruh keluarga kecilnya di SMK Ayer Dalam. Pengakhiran sama ada beliau akan kekal atau tidak, kini terletak di tangan anda semua penonton setia Oh My English!

Bagi peminat siri ini yang mahukan Mr Middleton untuk terus tinggal di SMK Ayer Dalam, anda semua boleh tweet secara kreatif menggunakan akaun Twitter masing-masing dan meminta Mr Middleton untuk terus kekal di SMK Ayer Dalam, dengan menggunakan hashtag #OhMyEnglish untuk memastikan ianya dikira.

Sebagai contoh:

"Selamatkan Mr Henry Middleton. SMK Ayer Dalam memerlukan anda! #OhMyEnglish" atau "Jangan pergi Mr Middleton. Kami sayang kamu! #OhMyEnglish."

Harus diingat, peminat perlu menyertakan sekali #OhMyEnglish untuk memastikan maklum balas dan sokongan anda kepada Mr Middleton dikira. Setiap tweet anda berharga dan jadilah antara mereka yang menyumbang kepada nasib Mr Middleton?

Adakah cikgu Bahasa Inggeris kesayangan 5 Merah akan pergi atau sebaliknya? Kalau benar, siapa pula yang akan menggalas tanggungjawab besar tersebut di SMK Ayer Dalam? Apakah lagi kejutan besar yang menanti?

Tidak mahu Mr Middleton meninggalkan SMK Ayer Dalam? Masih ada harapan! Jom Tweet "Henry, Please Stay" dengan #OhMyEnglish sebanyak mungkin untuk menghalang Mr Middleton daripada meninggalkan SMK Ayer Dalam.

Jangan lupa saksikan episod akhir blok pertama Oh My English! Class of 2015 Ahad ini (9 Ogos 2015), jam 6.30 petang hanya di saluran Astro TViQ (Saluran 610) dan Astro Maya HD (Saluran 135) untuk mengetahui apakah pengakhiran yang anda sendiri pilih!