Peminat hembus nafas terakhir setelah puas bercakap dengan Kanye West

Agensi
Januari 9, 2018 01:22 MYT
Setelah Kanye mendapat berita tersebut, dia segera mengambil peluang untuk menghubungi kanak-kanak perempuan itu melalui FaceTime. - Reuters
Kanye West sempat membawa kegembiraan buat seorang peminat, meskipun peluang itu hadir pada saat-saat terakhir.
Menurut portal berita hiburan TMZ, penyanyi itu diberitahu mengenai seorang peminat muda yang menghidap penyakit kanser.
Keluarga peminat itu dilaporkan telah mencuba menghubungi Kanye beberapa kali sebelum ini tetapi gagal.
Minggu lalu, setelah Kanye mendapat berita tersebut, dia segera mengambil peluang untuk menghubungi kanak-kanak perempuan itu melalui aplikasi FaceTime.
Semasa bercakap dengannya, Kanye turut memenuhi permintaan dengan menyanyikan lagu rap I Love Kanye, yang merupakan lagu kegemaran peminatnya itu.
Peminat muda itu sangat gembira dengan panggilan Kanye dan menghembus nafas terakhir tidak lama kemudian.

This girl in my town had cancer and Kanye called her a couple days ago to rap for her. I think Kim was there too. Wasn even blasted on social media or anything. She passed yesterday. I have so much respect for him tho. Making her happy in her last moments.

— debbie (@stalkdebbie) January 3, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#facetime #I love Kanye #Kanye West