Peminat lepas rindu, Zul Ariffin kembali aktif di Instagram

Gempak
Disember 27, 2017 01:53 MYT
Zul Ariffin memberitahu dia berada dalam keadaan sihat berterima kasih kepada peminat yang mendoakan arwah ibunya.
KERINDUAN peminat terubat selepas pelakon kesayangan mereka, Zul Ariffin kembali aktif di akaun Instagram (IG)nya.
Zul Ariffin telah mengaktifkan akaun IGnya dengan memuat naik foto terbarunya hari ini.
Menerusi kapsyennya, Zul memberitahu dia berada dalam keadaan sihat dan berterima kasih kepada peminat yang mendoakan arwah ibunya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, peminatnya meluahkan rasa lega kerana Zul memilih untuk kembali aktif.
“Semoga terus istiqomah, tabah dan semangat. Almarhum ibumu pastu bangga denganmu,” - @smsurianihjrusli
“Yey my Zul is back, Alhamdulillah somoga semuanya dipermudahkan,” - @suzlinsalleh
“Welcome back Zul Ariffin, semoga terus kuat dan tabah. Semoga pelangi menyinari hidupmu,” - @tinadamia
Terdahulu, Zul Ariffin telah memadamkan IGnya buat sementara waktu selepas ibu kesayangannya, Robiah Nasir, meninggal dunia awal Disember lalu.
Foto: Instagram Zul Ariffin
#doa #ibu #Instagram #meninggal dunia #peminat #Zul Ariffin