Peminat menangis jatuh dari pentas semasa dukung Lady Gaga

Agensi
Oktober 19, 2019 06:44 MYT
Lady Gaga terjatuh dari atas pentas di dalam dakapan peminatnya semasa mengadakan persembahan di Las Vegas, pada Khamis.
Penyanyi bergaya unik, Lady Gaga terjatuh dari atas pentas di dalam dakapan peminatnya dalam sebuah persembahan di Las Vegas, Amerika Syarikat, pada Khamis.
Sebelum kejadian, bintang A Star Is Born itu menjemput salah seorang peminatnya bernama Jack naik ke atas pentas.
Gaga kemudian ‘memanjat’ badan Jack sebelum lelaki itu mendukungnya dan melakukan gerak tari yang mengghairahkan.
Bagaimanapun, ‘keghairahan’ itu tidak bertahan lama apabila kedua-dua mereka hilang keseimbangan secara tiba-tiba dan terjatuh dari atas pentas ke bahagian penonton.

Lady Gaga and a fan suffered a major fall at #Enigma tonight! pic.twitter.com/3YplZSUHIG

— The Pop Hub (@ThePopHub) October 18, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kami sangka mereka berdua telah 'mati',” kata seorang penonton kepada Reddit.
Penyanyi berusia 33 tahun itu terus berusaha mententeramkan penonton sambil dibantu oleh pengawal untuk berdiri semula.
Insiden itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat Gaga untuk terus menghiburkan peminatnya dengan melontarkan lagu Million Reasons di sisi Jack.
“Ia sungguh hebat. Kami mencintai antara satu sama lain sebaik terjatuh dari atas pentas.
“Kami jatuh di dalam dakapan masing-masing. Ia seperti Jack dan Rose dalam filem Titanic,” katanya kepada BBC.
Penyanyi itu pada masa yang sama berusaha memujuk Jack yang menangis selepas insiden berkenaan.
“Semuanya OK. Apa yang tidak OK adalah kami perlukan tangga untuk naik semula ke atas pentas.
“Jangan risau, semuanya baik-baik saja. Bukan salah kamu. Boleh kamu berjanji sesuatu pada saya? Boleh kamu maafkan diri kamu atas apa yang berlaku?,” katanya penyanyi yang popular dengan lagu Bad Romance itu.
Sebaik tamat persembahan, Gaga menyatakan dia tidak mengalami sebarang kecederaan.
#Amerika Syarikat #jatuh #Lady Gaga #peminat