HIBURAN

Peminat terhibur G-Dragon 'cakap' bahasa Melayu

Gempak 20/07/2025 | 09:00 MYT
Usaha G-Dragon untuk berinteraksi dalam bahasa tempatan mendapat pujian dan reaksi positif daripada peminat. - Gambar/ Gempak
PENYANYI popular Korea, G-Dragon menarik perhatian peminat yang menghadiri konsert ‘Ubermensch 2025 World Tour’ apabila cuba bertutur dalam bahasa Melayu.


Ringkasan AI
  • G-Dragon mencuri perhatian peminat semasa konsert Ubermensch 2025 World Tour di Axiata Arena Bukit Jalil apabila bertutur dalam bahasa Melayu dengan ungkapan seperti "hari ini, syok gila, korang dah makan, enjoy tak dan mantap", yang menghiburkan dan menggembirakan peminat.
  • Usaha G-Dragon untuk berinteraksi dalam bahasa tempatan mendapat pujian dan reaksi positif daripada peminat, yang menganggapnya comel dan menghargai usaha tersebut walaupun hanya beberapa perkataan digunakan.
  • Konsert berlangsung selama dua hari pada 19 dan 20 Julai, menampilkan lagu-lagu dari album terbaru Ubermensch serta seleksi hits ikonik seperti Crooked, Heartbreaker, dan Untitled, 2014.


Menerusi video yang dikongsikan oleh penyampai radio ERA, Muna Bella, pelantun lagu Power itu kelihatan tidak canggung untuk berinteraksi bersama dengan peminat menggunakan bahasa Melayu.

Antara ungkapan yang disebut oleh G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong adalah "hari ini, syok gila, korang dah makan, enjoy tak dan Mantap".

Lebih menghiburkan apabila penyanyi itu juga kelihatan bangga apabila berjaya mengungkap setiap perkataan itu.

Meskipun hanya beberapa perkataan sahaja, namun usaha G-Dragon itu membuahkan hasil untuk menghiburkan peminat-peminatnya.

“Mesti Daesung dengan Taeyang mengajar ni.

“Lepas tanya korang dah makan, pastu dia macam malu dengan aku pun blushing.

“Boleh la abang Naga jadi orang Malaysia.

“Ahhh risau, nanti dia buat lagu Melayu pulak, dah okay dah tu cakap Melayu.

“Bapak comel,” komen netizen.

G‑Dragon menyampaikan lagu-lagu dari album terbaru Ubermensch, selain seleksi hits ikonik seperti Crooked, Heartbreaker, dan Untitled, 2014.

Konsert ‘Ubermensch 2025 World Tour’ berlangsung selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 Julai di Axiata Arena Bukit Jalil. - Gempak



#G-Dragon #konsert di Malaysia #Ubermensch 2025 World Tour #Bahasa Melayu