[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

Peminat teruja Halsey buat kemunculan istimewa pada konsert jelajah BTS

Asyraf Roslan 09/06/2019 | 05:34 MYT
Halsey membuat kemunculan istimewa di konsert jelajah BTS iaitu BTS World Tour Love Yourself: Speak Yourself yang diadakan di Stade de France, Perancis - Gambar Instagram/@iamhalsey
GABUNGAN Halsey bersama kumpulan sensasi Korea, BTS menerusi lagu "Boy With Luv" sememangnya mengujakan peminat.
Mana tidaknya, sejak ia dilancarkan bulan lalu, lagu tersebut berjaya meraih 362 juta tontonan di YouTube.
Tambah mengujakan apabila Halsey membuat kemunculan istimewa di konsert jelajah BTS iaitu BTS World Tour Love Yourself: Speak Yourself yang diadakan di Stade de France, Perancis.
Bukan sahaja nyanyian lagu Boy with Luv pada konsert tersebut membuatkan peminat bersorak gembira, malah ucapan Halsey pada konsert tersebut juga membuatkan peminat tidak duduk diam.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Halsey menyatakan bahawa kumpulan BTS merupakan sesuatu yang istimewa buatnya.
"Mereka sangat istimewa, dan mereka adalah keluarga saya," katanya semasa konsert jelajah tersebut dalam bahasa Perancis.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BTS World Tour Love Yourself: Speak Yourself telah bermula 4 May 2019.
Antara lokasi pilihan untuk konsert jelajah BTS ialah Amerika Syarikat, London , Brazil dan Jepun.
#Boy with Luv #BTS #BTS World Tour Love Yourself Speak Yourself #Halsey