awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penampilan terkini jadi perhatian, reunion *NSYNC di VMA memang 'legend'

Gempak
Gempak
14/09/2023
04:20 MYT
Penampilan terkini jadi perhatian, reunion *NSYNC di VMA memang 'legend'
Penampilan *NSYNC ketika menyampaikan anugerah bagi kategori Best Pop yang dimenangi oleh Taylor Swift di VMA 2023 adalah yang pertama kali selepas 10 tahun. -Gempak
ANUGERAH berprestij MTV Video Music Awards (VMA) 2023 melabuhkan tirai dengan Taylor Swift terus mengungguli beberapa pencalonan tertinggi termasuk kategori Video Music Awards.
Namun di sebalik rekod yang dicipta penyanyi tersebut, VMA 2023 menjadi pentas anugerah yang diingati kerana ‘mengembalikan’ boyband terkenal tahun 90-an, *NSYNC.
Kemunculan kesemua anggota *NSYNC iaitu Justin, JC, Joey, Lance dan Chris di VMA 2023 adalah yang pertama kali selepas 10 tahun.
Ironi, mereka kali terakhir membuat persembahan sebagai sebuah kumpulan di pentas yang sama iaitu Video Music Awards pada tahun 2013.
*NSYNC menjadi penyampai anugerah bagi kategori Best Pop yang dimenangi oleh Taylor Swift.
“Kami hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak MTV dan juga anda semua yang sentiasa menyokong kami sebagai pemuzik kegemaran anda,” ujar Joey seperti dilaporkan Billboard.
Swift yang menerima anugerah daripada *NSYNC menyifatkan kumpulan tersebut sebagai satu pesona pop.
“Menerima anugerah ini daripada ‘tangan emas’ kalian adalah keterlaluan,” ucap Swift.
Sementara itu ramai yang teruja melihat penampilan terkini setiap anggota *NSYNC yang pernah menjadi kegilaan ramai suatu masa dahulu.
Justin Timberlake dilihat masih memiliki pesona dan kacak seperti zaman remaja meski berusia 42 tahun sementara Chris yang kini sudah mencecah 51 tahun nampak berisi.
Kumpulan yang telah menerima Hollywood Walk of Fame pada 2018 ini pernah menjadi fenomena peminat muzik dunia saat diperkenalkan pada pertengahan 90-an.
"Bye Bye Bye", "It’s Gonna Be Me", "Girlfriend" dan "I Want You Back" adalah antara lagu yang pernah dipopularkan kumpulan tersebut.
*NSYNC bagaimanapun tidak pernah merakamkan album sejak tahun 2001. -Gempak
Topic Berkaitan
#Taylor Swift
#NSync
#VMA 2023
#Justin Timberlake
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan