Penat dikritik, Yuna nasihat peminat kembara dan lihat dunia

Astro Awani
Ogos 24, 2015 12:19 MYT
Yuna mahu peminat mudanya untuk keluar dari kepompong zon selesa. - Gambar Fail
Penyanyi Malaysia bertaraf antarabangsa Yuna menyeru peminatnya untuk keluar dari kepompong zon selesa dan kembara ke luar negara.
“Kepada peminat muda saya, kembaralah. Keluar dari kepompong zon selesa, lihatlah dunia. Selepas itu kembali ke Malaysia lebih cemerlang. Belajar sampai tahap maksimum dan belajar di luar negara atau bila sudah kerja, simpan duit dan tengok dunia,” tulis Yuna di Instagram.
Nasihat yang dikongsi menerusi Instagram oleh penyanyi yang kini menetap di Los Angeles dipercayai bermula dari sebuah gambar Yuna di atas bukit yang dimuat naik di Instagram namun menerima komen oleh seseorang peminat yang menyuruh beliau pulang ke tanahair agar tidak lupa asal usul.
“Bila saya dengar seseorang yang berusia 21 tahun memberitahu tahu untuk balik ke Malaysia (jangan lupa saya hampir 29 tahun dan lebih tua dari budah ini) agar saya tidak lupa asal usul, saya rasa sedih dan bimbang.
“Kerana pertama, beliau berusia 21 dan kedua, dia dikelilingi orang jenis apa yang tidak menggalakkannya untuk belajar tetapi menggalakkan beliau untuk menyinggung perasaan orang (memberitahu saya untuk malu pada diri sendiri). Adakah ini generasi hadapan Malaysia,” tulis Yuna atay nama penuhnya Yunalis Zarai yang kini bernaung di bawah label Verve Music Group milik David Foster.
Tambah Yuna, sebagai seorang Muslim beliau rasa bersyukur kerana dapat berjalan dan bertemu kenalan baharu.
Selain itu, beliau dapat belajar tentang kehidupan dan Islam lebih ketika berada di luar negara daripada berbanding ketika di Malaysia.
“Jika anda membaca ini dan anda fikir saya 'hilang' saya rasa kasihan atas keangkuhan dan kejahilan anda. Jika anda mahu kekal berfikiran tertutup, Yuna Zarai bukan untuk anda. Saya tidak suka orang yang tidak reti untuk menghargai orang negara sendiri dan tidak habis-habis rasa dia hamba paling hebat dan sempurna di dunia.
“Sudah-sudahlah untuk kritik orang atas nama agama,” tulisnya.
Setakat ini, gambar berkenaan menerima 9,059 Likes dan lebih dari 650 komen.
Ramai yang berkata mereka lebih bersemangat untuk kembara.
Caption tip top... semangat nak travel dah membara,” tulis @vin3bv.
Tambah diyanaghaz, “Yuna, masuk Ted Talk! Kongsi ilmu dan pengalaman."
#Los Angeles #peminat #Yuna #Yunalis Zarai