[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

Penerbit filem Spilt Gravy On Rice masih rayu LPF

Astro Awani 15/01/2015 | 10:50 MYT
Penerbit filem Spilt Gravy On Rice luah perasaan terhadap LPF
Penerbit filem Spilt Gravy On Rice, Zarul Albakri meluahkan perasaannya terhadap penguasa filem tempatan terutamanya Lembaga Penapisan Filem (LPF) berkenaan filem terbarunya, Spilt Gravy On Rice.
Menurutnya dalam tuit yang disiarkan, LPF telah menasihatkannya untuk menyunting filem tersebut kerana versi filem yang telah ditonton oleh panel LPF tidak akan diluluskan.
Filem itu diarahkan oleh Datuk Zahim Albakrii.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sementara itu, pada 8 September lalu, penerbit filem itu pernah merayu agar filem itu diluluskan untuk tontonan di pawagam tempatan dan akur sekiranya potongan dibuat untuk tayangan di televisyen.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada 22 April tahun lalu, Astro AWANI turut melaporkan mengenai filem tersebut yang masih menunggu jawapan daripada Lembaga Penapisan Filem sama ada ia diluluskan atau tidak.
Ditulis oleh penulis terkenal Jit Murad, filem Spilt Gravy On Rice dibintangi pelakon handalan Datuk Rahim Razali sebagai teraju utama, Zahim Albakri, Sean Ghazi, Juliana Ibrahim, Na'a Murad, Bernice Chauly, Diana Danielle dan ramai lagi.
Ia mengisahkan kehidupan lima beradik dari lima ibu yang berbeza dan seorang bapa yang membesar dalam arah yang berbeza. Berhadapan dengan seorang bapa yang berada di penghujung usia, mereka kembali ke rumah secara tergesa-gesa untuk makan malam bersama yang terakhir dengan beliau, hanya untuk mengetahui tentang rahsia yang selama ini tersimpan rapi di rumah tempat mereka membesar.
Sebelum diterjemah ke layar perak, naskhah ini merupakan drama pentas yang pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Pengarah Terbaik (Zahim Albakri), Skrip Asal Terbaik (Jit Murad), Penataan Cahaya Terbaik (Mac Chan) dan Anugerah Pilihan Penonton di Anugerah Seni BOH Cameronian yang pertama pada tahun 2002.
Zarul merupakan kurator akaun @twt_filem, sebuah akaun kurator yang memilih penggiat filem tempatan untuk berkongsi pandangannya tentang industri filem tempatan.
Dalam akaun tersebut, Zarul Albakri turut mengimbau kenangan menerbitkan filem-filem ikonik tempatan seperti Matinya Seorang Patriot, Kembara Seniman Jalanan dan Mat Gelap.
Pelbagai cerita dikongsikan oleh kurator termasuk foto-foto eksklusif sewaktu dia menerbitkan filem-filem tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam akaun itu juga, Zarul turut berkongsi kenangannya bersama Penghibur Nombor Satu Asia, Sudirman Haji Arshad.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk mengikuti pandangan dan buah fikiran penerbit filem itu, anda boleh mengikuti akaun @twt_filem di media sosial Twitter.
#filem #Spilt Gravy On Rice #Zarul Albakri