SHAH ALAM: 'Dalam satu situasi kita tak nampak silap kita, mata kita hanya pandang ke hadapan,' kata selebriti Che Puan Sarimah Ibrahim.
Beliau berkata, pengalaman masa lalu termasuk kegagalan rumah tangga banyak mematangkan dirinya untuk menjadi lebih baik.
"Pada suatu masa kita hanya nampak kesilapan orang lain. Susah untuk kita perbetulkan diri, kecuali bila masa itu sudah berlalu.
"Bila masa dah berlalu sikit, kita kenang kembali baru kita sedar kesilapan sendiri.
"Saya pada waktu itu terlalu muda, hanya fokus kepada kerjaya... nak buktikan bahawa semua saya boleh buat, saya diterima oleh masyarakat.
"Saya mampu buat orang gembira tetapi di dalam hati itu sebenarnya mungkin saya tahu pada masa itu suami saya itu tak 'ngam' dengan saya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Program MUM 'Maruah Seorang Wanita' yang dihoskan oleh Hazlin Hussain yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Isnin.
Wanita kacukan Ireland itu mengakui kegagalan rumah tangga pertamanya turut berpunca daripada sikap masing-masing yang suka memendam rasa.
"Tetapi kita menyimpan dan mencuba. Tapi naluri seorang wanita itu sangat kuat tetapi selalunya kita diamkan... kau telan aje la kan.
"Bila telan tu lama-lama baru tahu keserasian itu tiada. Saya suka tempat kerja dari balik rumah.
"Tapi masing-masing tak nak mengaku. Lama-kelamaan jadi situasi saya pun kena fikir tentang maruah saya, dia pun ada maruah dia, kita nak bohong sampai bila?" luah Sarimah.
Sarimah berkata, rupa-rupanya barulah sedar mereka hanya serasi untuk berkawan.
"Adakah itu kegagalan atau itu satu pelajaran kerana pengalaman itu ada pahit dan manis.
"Maruah itu terletak pada diri kita. Kita sendiri yang akan meletakkan maruah kita ke tahap mana.
"Kita jangan bagi maruah kita orang lain yang menilai macam kau ni bagus, kau ni orang baik, saya suka tengok awak, jangan," tegasnya.
Menyentuh pengalaman menghadapi kemurungan selepas melahirkan anak sulung, Tunku Sofia Najihah, 4, Sarimah berkata, itu adalah antara cabaran yang perlu dilalui dan bersyukur kerana sudah sembuh selepas menjalani rawatan pakar selama enam bulan.
"Suami, (Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar) juga mengalami tekanan dan dari situ saya memahami masalah kesihatan mental dari segi perspektif lain, memang perit masa itu," katanya.
Sarimah berkata, sebelum itu juga dia sering berjumpa pakar psikologi namun tidak menyangka masih boleh terkena kemurungan.
"Saya jumpa pakar psikologi untuk pastikan hidup saya tersusun dan saya sendiri tak nak kena kemurungan tetapi itulah hakikat yang berlaku dan perlunya untuk kita menjaga kesihatan mental," katanya.
Jelasnya lagi, dia memang sering jumpa pakar psikologi bagi memastikan hidupnya tersusun dan menggelakkan terkena kemurungan, namun sebaliknya masih terkena dengan penyakit tersebut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 24 2023
Sarimah bercakap pada Program MUM 'Maruah Seorang Wanita' yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Isnin. - Foto Sinar Harian
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'Pengalaman lalu, kegagalan rumah tangga mematangkan diri'
Wanita kacukan Ireland itu mengakui kegagalan rumah tangga pertamanya turut berpunca daripada sikap masing-masing yang suka memendam rasa.
Kerana Tak Tun Tuang, Upiak menangis tiga hari diceraikan suami
Kerana lagu Tak Tun Tuang, Upiak atau nama sebenarnya, Silvia Nanda, 32, diceraikan suami.