IPOH: Penganjur ‘Konsert Viral Lagu TikTok’, A.Jee Event Entertainment memberi jaminan acara yang akan diadakan di Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang pada 30 September ini akan mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa, termasuk berhubung isu sensitiviti masyarakat setempat.
Pengurusnya, Hasnizam Alang berkata, beliau telah dipanggil oleh pihak polis serta Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bagi memberi keterangan dan maklumat lanjut berhubung konsert berkenaan, baru-baru ini.
Katanya, beliau telah memberi jaminan kepada pihak berkuasa bahawa penganjuran konsert tersebut akan mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan.
“Baru-baru ni saya telah dipanggil oleh pihak berkuasa iaitu pihak polis dan saya telah menerangkan kepada mereka (memberi jaminan) yang mana penganjuran konsert berkenaan akan dijayakan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
“Malah pihak MBSP memberi nasihat kepada kami untuk kami mematuhi dan akur kepada perkara-perkara tersebut,” katanya dalam satu sidang media di sebuah hotel di sini, pada Ahad.
Hadir sama, pengarah konsert merangkap Pengarah A.Jee Event Entertainment, Mohd Hammali Mohammed Yusoff.
Sebelum ini, lokasi konsert yang menampilkan Baby Shima, dan beberapa penyanyi dari Indonesia itu telah dipindahkan dari Dewan Millenium Kepala Batas ke Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang selepas mendapat bantahan penduduk setempat.
Ini kerana, penganjuran konsert berkenaan didakwa tidak mengambil kira sensitiviti penduduk setempat terutama dalam kalangan umat Islam.
Dalam pada itu, Mohd Hammali menafikan dakwaan di beberapa laman media sosial yang menyebut Konsert Viral Lagu TikTok telah dibatalkan susulan perkara itu.
Sebaliknya, jelas beliau, penganjuran konsert itu masih diteruskan dan menerima sambutan memberangsangkan selepas hampir 30,000 tiket yang setiap satu masing-masing berharga RM199 dan RM299 telah terjual sejak Mei lalu.
Mohd Hammali turut menjangkakan lebih 60,000 orang penonton yang bukan sahaja peminat tempatan, bahkan, penggemar dari Singapura, Thailand dan Brunei juga dijangka hadir memeriahkan Konsert Viral Lagu TikTok itu kelak.
“Saya harap tidak ada yang salah faham tentang konsep konsert ini. Ia bukan konsert untuk genre dangdut semata-mata , sebaliknya ia menampilkan kesemua genre lagu yang sering tular pada platform media sosial TikTok termasuk pop dan sebagainya,” ujarnya.
Sementara itu, penyanyi terkenal, Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 28, berkata di sebalik kontroversi yang melanda konsert berkenaan dan dirinya sebelum ini tidak mengganggunya dalam melakukan persiapan menjelang 30 September ini.
Baby Shima menjanjikan persembahan yang terbaik berbanding yang pernah ditampilkan sebelum ini kepada semua penonton yang hadir Konsert Viral Lagu TikTok itu.
“Saya akan tampil berlainan dengan apa yang pernah saya persembahkan selama ini. Kalau ada yang kata tentang gelek itu, mestilah saya kena bergelek. Sebab saya menyampaikan lagu dangdut, takkan hendak berdiri tegak sahaja.
“Walau bagaimanapun saya akan bersikap profesional dalam persembahan saya yang mana saya akan mempersembahkannya mengikut kesesuaian lagu daripada segi karakter dan konsep persembahan,” katanya.
Amirrul Rabbani
Mon Sep 18 2023
Baby Shima menjanjikan persembahan yang terbaik berbanding yang pernah ditampilkan sebelum ini kepada semua penonton yang hadir Konsert Viral Lagu TikTok.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Penganjur Konsert Viral Lagu TikTok beri jaminan patuh garis panduan
Penganjur telah dipanggil oleh pihak polis serta MBSP bagi memberi keterangan dan maklumat lanjut berhubung konsert berkenaan.