PENGARAH filem tempatan, Dharius Zulkefli meraih pengiktirafan anugerah kategori Drama Keluarga Terbaik menerusi filemnya, The Selfish Ones di Festival Filem Manhattan.
Kejayaan pengarah yang menetap di New York ini menjadi kebanggan Malaysia selepas menang anugerah Suntingan Terbaik untuk filem pendek, Kun Fa Yakun mengatasi 45 filem lain pada Festival Filem Antarabangsa United (UIFF) sebelum ini.
Berkongsi pencapaian terbaru itu, Dharius menyatakan dia pada pada mulanya berdepan kejutan budaya ketika berada di luar negara dan berusaha mengatasinya.
"Saya perlu buktikan kemampuan artistik saya adalah suatu yang unik. Menjadi warga asing, apa yang penting Malaysia memberikan elemen unik yang sebenar terhadap sesuatu subjek dan saya sampaikan pada penonton Amerika dan Barat untuk berhibur," katanya.
Nasihat terbaik sebagai pembikin filem muda daripadanya adalah jangan melalui hari tanpa menonton filem.
Dharius menyatakan sama ada filem itu bagus atau tidak, ia mempunyai sesuatu yang boleh dipelajari.
"Sebagai karyawan filem, ia menjadi tugas untuk belajar filem lama mahupun baru. Kedua, jangan takut untuk gagal atau disingkir kerana ia hanyalah proses pembelajaran untuk setiap karyawan filem," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Gempak
Sun May 06 2018
Dharius Zulkefli meraih pengiktirafan anugerah kategori Drama Keluarga Terbaik menerusi filemnya, The Selfish Ones di Festival Filem Manhattan. - Sumber dan foto kr8tifexpress.com
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengarah Filem Malaysia raih pengiktirafan di Festival Filem Manhattan
Pengarah filem tempatan, Dharius Zulkefli meraih pengiktirafan anugerah kategori Drama Keluarga Terbaik menerusi filemnya, The Selfish Ones di Festival Filem Manhattan.