awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah 'Hobbit' tukar judul trilogi terakhir

Astro Awani
Astro Awani
25/04/2014
04:28 MYT
Pengarah 'Hobbit' tukar judul trilogi terakhir
Peter Jackson, pengarah trilogi the Hobbit - Foto AFP
Peter Jackson mengumumkan penukaran judul baru bagi filem trilogi Hobbit arahannya pada Khamis.
Filem yang dijadual akan ditayangkan tahun ini bertajuk "The Hobbit: There and Back Again," ditukar kepada "The Hobbit: The Battle of the Five Armies," pengarah terkemuka dari New Zealand itu memberitahu menerusi akaun Facebooknya.
Ia bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada 17 Disember dimana filem kali ini bakal menampilkan jalan cerita yang ditunggu ramai bagi mengetahui kesudahan daripada dua buah filem sebelumnya.
“Perjalanan kami dalam membikin Trilogi Hobbit ini boleh diaktakan seperti perjalanan Bilbo, penuh dengan jalan misteri dan rahsia yang perlu dirungkai,” kata pengarah terkemuka itu.
Menurut Jackson, beliau telah menyuarakan isu ini kepada studio Metro-Goldwyn-Mayer tahun lepas.
“There and Back Again” merupakan tajuk bagi buku ketiga hasil tulisan J.R.R. Tolkien yang diterbitkan pada 1937. Ini disusuli dengan “Lord of the Rings” pada sekitar tahun 1950an dimana filem mengenainya telah ditayangkan sebelum filem trilogi Hobbit.
Jackson menerima kritikan pada 2012 selepas mengeluarkan filem "The Hobbit: An Unexpected Journey" menjadi sebuah trilogi berdasarkan sebuah novel pendek.
Pengarah tersebut telah memenangi tiga anugerah Oscar bagi filem terbaik, pengarah terbaik dan adaptasi lakonlayar terbaik bagi filem "The Lord of the Rings: The Return of the King," pada 2013.
Topic Berkaitan
#Hobbit
#Peter Jackson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan