awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak perempuan Kim Jong Un lakukan kunjungan pertama ke makam keluarga
AirBorneo lancar penerbangan pertama, catat era baharu dalam kesalinghubungan Sarawak
64 kampung di Terengganu dikhuatiri terjejas susulan fenomena air pasang tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah sinematografi Mohd Noor Kassim pulang semula dua trofi FFM miliknya

Astro Awani
Astro Awani
09/08/2016
05:35 MYT
Pengarah sinematografi Mohd Noor Kassim pulang semula dua trofi FFM miliknya
Kamil menerima bungkusan daripada Mohd Noor, dipercayai berisi trofi FFM yang pernah dimenanginya sebelum ini. - Foto Facebook KOMFIT
Pengarah sinematografi, Mohd Noor Kassim pada Isnin memulangkan kembali dua trofi Festival Filem Malaysia (FFM) yang dimenanginya sebelum ini kepada Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Kamil Othman.
Tindakannya itu adalah sebagai tanda protes terhadap keputusan penganjur mewujudkan dua kategori berbeza untuk pencalonan filem yang bertanding di FFM28.
Mohd Noor juga telah menarik diri dari pencalonan FFM28 atas isu yang sama.
Video yang dimuat naik di laman Facebook Komuniti Filem Titiwangsa (KOMFIT) menunjukkan momen pemulangan trofi tersebut yang berlaku secara tidak formal:
Terdahulu, penganjur FFM28 iaitu Finas dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mewujudkan pengasingan bahawa bagi pencalonan kategori utama.
Pihak penganjur antara lain berkata, peraturan itu dibuat bagi membezakan pembikinan filem yang menggunakan sekurang-kurangnya 70 peratus Bahasa Malaysia dengan filem yang tidak mencapai tahap berkenaan.
Finas dan PFM memutuskan untuk mengekalkan keputusan mewujudkan dua kategori berkenaan, dengan Kamil memberi penjelasan bahawa hari penganugerahan akan berlangsung dalam tempoh tidak sampai sebulan.
Topic Berkaitan
#FFM28
#FINAS
#Kamil Othman
#Mohd Noor Kassim
#pencalonan FFM28
#protes pengasingan bahasa
#pulang trofi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan