awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pekerja pelaburan masa depan – Dr Dzulkefly
PRK Lamag catat 44.50 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
PRK Kinabatangan: 43.23 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasas dan gitaris asal kumpulan legenda KISS, Ace Frehley meninggal dunia pada usia 74 tahun

Agensi
Agensi
17/10/2025
00:10 MYT
Pengasas dan gitaris asal kumpulan legenda KISS, Ace Frehley meninggal dunia pada usia 74 tahun
Frehley menghembuskan nafas terakhir dengan tenang di kediaman keluarganya di Morristown, New Jersey, selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh baru-baru ini. - Gambar fail AP
NEW JERSEY: Ace Frehley, gitaris utama asal dan anggota pengasas kumpulan rock ikonik KISS, meninggal dunia pada Khamis pada usia 74 tahun.
Menurut ejen beliau, Frehley menghembuskan nafas terakhir dengan tenang di kediaman keluarganya di Morristown, New Jersey, selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh baru-baru ini.
Keluarga mendiang dalam kenyataan memaklumkan, mereka “sangat sugul dan berduka” atas kehilangan tersebut, namun akan sentiasa mengenang tawa serta kebaikan yang pernah dikongsikan Frehley kepada orang sekeliling.
Sebagai salah seorang anggota asal KISS - kumpulan yang melonjakkan nama menerusi lagu-lagu klasik seperti Rock and Roll All Nite dan Detroit Rock City, Frehley dikenali kerana persembahan pentas yang penuh dramatik, diserikan dengan solekan tebal, gitar berasap serta pertunjukan bunga api yang sinonim dengan gaya glam rock era 1970-an.
KISS turut terkenal dengan penampilan unik anggotanya yang menyerupai watak komik, lengkap dengan baju perisai, kasut bertumit tinggi dan solekan hitam putih ikonik.
Dalam kumpulan itu, Frehley membawa persona “Space Ace” atau “The Spaceman”.
Pada kemuncak populariti mereka di pertengahan 1970-an, KISS menjadi fenomena global dengan penjualan jutaan album serta menjadikan identiti visual kumpulan itu sebagai jenama yang dieksploitasi dalam pelbagai produk komersial.
Frehley bersama Paul Stanley, Gene Simmons dan Peter Criss - tiga lagi anggota asal kumpulan tersebut diberi penghormatam ke Rock and Roll Hall of Fame pada 2014.
Pemergian Frehley menjadikan beliau anggota pertama dalam barisan pengasas KISS yang meninggal dunia. - Agensi
Topic Berkaitan
#kumpulan KISS
#Ace Frehley
#Ace Frehley meninggal dunia
#Rock and Roll All Nite
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan