[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

Penonton tanya mana Ant-Man? Persoalan terjawab 6 Julai nanti

Azyyati Ahmad 03/05/2018 | 00:37 MYT
Ant-Man and the Wasp bakal ditayangkan 6 Julai ini.
RAMAI yang teruja apabila trailer filem 'Ant-Man and the Wasp' mula didedahkan Marvel Studios sejak Selasa.
Ia sekali gus menjawab persoalan ramai mengenai watak adi wira Marvel itu yang tidak kelihatan dalam filem Avengers: Infinity War, baru-baru ini.
Pelakon Ant-Man yang dibawa aktor Paul Rudd bergandingan dengan ahli pasukannya yang baharu iaitu The Wasp lakonan Evangeline Lily.
Menurut sinopsis rasmi, latar belakang susur masa bagi filem ini adalah di antara Captain America: Civil War dan sebelum Infinity War.
Ant-Man and the Wasp bakal ditayangkan 6 Julai ini.
#Antman #Antman And The Wasp #Evangeline Lily #Paul Rudd